Puisi Wan Malini adalah telemovie yang dibintangi Nur Risteena Munim, Aedy Ashraf dan Riz Amin. Ia akan bersiaran pada hari ini, Sabtu jam 9.00 malam di TV1 RTM.

Info Telefilem Puisi Wan Malini

  • Waktu Siaran: Sabtu, 5 Oktober 2019, 9.00 malam
  • Stesen TV: TV1 (Panggung RTM)
  • Senarai Pelakon: Nur Risteena Munim, Aedy Ashraf, Riz Amin dan Farah Wahida

Sinopsis Puisi Wan Malini

Mengisahkan tentang Ehsan, seorang penghantar surat yang meminati Wan Malini dalam diam. Demi mendekati Wan Malini, Ehsan mula meminati puisi-puisi Wan Malini. Namun sayangnya kewujudan Ehsan tidak dipedulikan oleh Wan Malini. Kehadiran Kamil di sisi Wan Malini menjadi cabaran dalam Ehsan meluahkan perasaannya.

Siapakah Kamil dan apakah tujuannya yang sebenar? Mampukah Wan Malini bangkit kembali untuk berkarya ketika dirinya kecewa dengan apa yang telah berlaku?