Ting Tong Love (Astro Citra)

Ting Tong Love (Astro Citra)

Telefilem berjudul ‘Ting Tong Love’ akan ditayangkan pada hujung minggu ini, 1 Februari 2020 pada pukul 9.00 hingga 11.00 malam di saluran Astro Citra dan Citra HD. Telefilem lakonan utama Naqiu Boboy dan Scha Alyahya ini turut dibintangi oleh Aleza Shadan, PS Mansur, Alynn Techen dan ramai lagi. Ia diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh produksi Darkwave Pictures Sdn Bhd. Jangan lupa saksikannya malam esok di kaca TV anda!

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 1 Februari 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 – 11.00 malam
  • Stesen TV: Astro Citra & Citra HD
  • Produksi: Darkwave Pictures Sdn Bhd
  • Pengarah: Hadith Omar
  • Senarai Pelakon: Naqiu Boboy, Scha Alyahya, Aleza Shadan, PS Mansur, Alynn Techen

Sinopsis Ting Tong Love

Mengisahkan tentang Hairi yang bosan dengan desakan ibunya agar dia berkahwin. Hairi akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan syarat dia boleh memilih jodohnya sendiri. Adakah calon pilihan Hairi menepati citarasa ibunya? Sama-sama kita saksikan kesudahannya nanti.

Sumber: Astro Gempak

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: