Langgan newsletter kami!
Tolong Sempurnakan Cerita Mami (Astro Ria)

Tolong Sempurnakan Cerita Mami (Astro Ria)

Tolong Sempurnakan Cerita Mami‘ adalah sebuah drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil. Drama bersiri sebanyak 16 episod ini akan ditayangkan melalui Slot MegaDrama di Astro Ria dan Ria HD mulai 13 Januari 2020, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.

Ia diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh produksi Dear Creative Media Sdn Bhd. Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon hebat iaitu Fatimah Noryyah, Isyariana, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Ummi Umairah, Ken Ridzuan, Nasz Sally, Eleena Sui, Azizah Mahzan, Kartina Aziz dan Zaidi Omar.

Info Drama

  • Episod: 16 episod
  • Tarikh Tayangan: 13 Januari 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria & Ria HD (Slot MegaDrama)
  • Penulis Skrip: Rehal Nuharis
  • Penulis Novel: Syamnuriezmil
  • Pengarah: Eyra Rahman
  • Produksi: Dear Creative Media Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Fatimah Noryyah, Isyariana, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Ummi Umairah, Ken Ridzuan, Nasz Sally, Eleena Sui, Azizah Mahzan, Kartina Aziz, Zaidi Omar

Watak Pelakon

Sinopsis Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Mengisahkan tentang Adeena Aurell (Addie) yang berusia sepuluh tahun. Dia merupakan anak tunggal kepada pasangan Razean Safiya dan Aun Adwa. Penceraian kedua ibu bapanya telah mengganggu kehidupan Addie yang sentiasa berpindah seperti orang nomad. Addie mula membuat rancangan untuk menyatukan mami dan papanya semula tetapi rancangannya gagal.

Kemudian muncul pula Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku yang mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku ialah kawan baik mama papanya dan menghabiskan masa selama empat tahun menjaga Addie di London. Namun begitu hubungan mereka terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia.

Perasaan pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku. Bagaimana kesudahan kisah ini? Sama-sama kita saksikannya di Astro Ria!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: