Langgan newsletter kami!
Waiduri Di Sebalik Pintu (TV1)

Waiduri di Sebalik Pintu (TV1)

Sebuah telefilem khas sempena Hari Buruh berjudul ‘Waiduri di Sebalik Pintu‘ akan ditayangkan di TV1 (RTM) pada Sabtu ini, 2 Mei 2020 jam 10.00 malam. Telefilem ini dibintangi oleh pelakon cantik Risteena Munim dan Redza Rosli. Ia diarahkan oleh Din Glamour dan diterbitkan oleh produksi Wibarisma Sdn Bhd.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 2 Mei 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 10.00 malam
  • Stesen TV: TV1
  • Slot: Panggung RTM
  • Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
  • Pengarah: Din Glamour
  • Produksi: Wibarisma Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nur Risteena Munim, Redza Rosli, Arash Mohd, Laila Nasir, Kuza

Watak Pelakon

Sinopsis Waiduri di Sebalik Pintu

Mengisahkan tentang Umar yang bekerja di kedai permaidani telah jatuh cinta dengan Waiduri iaitu anak kepada pelanggannya. Namun ada perkara yang menghalang cinta mereka. Kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak Umar yang bekerja di kedai permaidani milik En. Syed manakala ibunya, Mak Cik Bibah membuka kedai barangan perkahwinan.

Ayu, seorang kenalan Umar yang bekerja di kedai berhampiran, sering keluar makan bersama Umar dan menaruh perasaan pada beliau. Datin Suria,  menempah permaidani di kedai En. Syed dan Umar terlihat anak Datin iaitu Waiduri yang membuatkannya terpaku dengan kecantikan beliau. Umar gembira apabila sudah beberapa kali bertemu dengan Waiduri atas urusan tempahan permaidani ibunya.

Dato’ Sulaiman, suami kepada Datin Suria terkejut apabila terserempak dengan Mak Cik Bibah yang merupakan kekasihnya yang terpisah sekian lama. Datin Suria bersemuka dengan Mak Cik Bibah dan kemudiannya membatalkan tempahan permaidani dengan En. Syed.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: