Aplikasi messenger paling popular, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi tagging pada mesej berkumpulan (group), sekaligus memudahkan anda untuk tag sesuatu mesej kepada penerima dalam satu kumpulan.

Menurut laman web The Next Web, pengguna WhatsApp yang ‘mute‘ perbualan kumpulan akan tetap menerima notifikasi jika mereka di’tag’ di dalam perbualan.

Caranya adalah pengguna hanya perlu memasukkan simbol ‘@’ diikuti dengan nama penerima notifikasi. Di samping itu, pengguna juga boleh menggunakan fungsi tag untuk lebih dari satu pengguna.

Fungsi ini sebenarnya bukanlah asing buat pengguna Telegram yang mana ia sudah lama berada di Telegram. Namun pembaharuan ini masih releven dan akan memudahkan lagi pengguna mengikuti perbualan dan perbincangan di aplikasi WhatsApp.