4 Penyanyi Lelaki Malaysia Yang Memiliki Wajah Awet Muda

Gambar Zarul Umbrella

Selain bakat, penampilan menjadi salah satu faktor utama yang harus dititikberatkan oleh seorang anak seni tanpa mengira jantina. Menjadi artis tentunya dituntut untuk selalu cantik jelita dan kacak bergaya dimata peminat dan segala acara berkaitan.

Menginjak usia yang semakin meningkat, empat penyanyi ini masih lagi kelihatan muda dan kacak menerusi personaliti masing-masing. Bagaimana tidak, dilahirkan dengan suara yang merdu dan mantap, mereka juga dikurniakan anugerah rupa paras yang tampan dan awet muda.  Jom kita berkenalan dengan mereka.

 

1. Amy Search

Anak jati Kampung Bakar Batu, Johor bahru, Johor ini, masih kelihatan awet muda dan kacak diusianya yang sudah menjangkau 58 tahun. Malahan, masih lagi bertenaga apabila menyanyi atau membuat persembahan pentas di depan khalayak.

Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman memulakan kerjaya dalam bidang muzik sebagai vokalis kumpulan, Search sejak 1985. Search bukan sahaja popular di Malaysia malahan di Indonesia dan Singapura. Antara lagu-lagu yang mengangkat nama kumpulan itu seperti Isabella, Rozana, Pelesit Kota dan Fantasia Bulan Madu.

Sepanjang 35 tahun bergelar anak seni, pelbagai kejayaan dicapai oleh kumpulan rock lagenda itu termasuklah Penyanyi Berkumpulan Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1987 dan 1989, Lagu Terbaik dan Persembahan Terbaik menerusi lagu Isabella di Anugerah Juara Lagu 1989 dan Anugerah Khas Planet Muzik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2008.

Beliau mempunyai lima orang cahaya mata iaitu Nabila Huda, Irisha Myra, Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.

Amy Search

Gambar Amy Search Dan Keluarga

Foto: Instagram @akuamusearch
 

2. Nassier Wahab

Percaya atau tidak, Mohd Nasir Abd Wahab atau nama pentasnya, Nassier Wahab kini berusia 54 tahun. Namun, wajahnya kelihatan seakan jejaka berusia awal 20-an.

Namanya semakin dikenali selepas menyertai program Gegar Vaganza (GV) 2015 dimana berjaya mengembalikan era kegemilangannya sekitar 1980-an. Menerusi program itu, beliau dinobatkan sebagai tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.

Berasal dari Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, Nassier merupakan anak ke-12 daripada 14 adik-beradik. Beliau pernah menyanyi di kelab malam di Kelab Diraja Selangor, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Selain Memori Cinta Luka, Sekali Aku Jatuh Cinta (berduet dengan Ramlah Ram), Bayangan Wajah Duka dan Undangan Rindu merupakan lagu-lagu popularnya.

Nassier Wahab

Gambar Nassier Wahab Dan Keluarga

Foto: Instagram @nassierwahab
 

3. Zarul Husin (Umbrella)

Sama seperti Nassier Wahab, nama Zarul mula meniti di bibir peminat selepas menyertai program Gegar Vaganza (GV) 2016. Berbekalkan bakat sedia ada serta rupa paras yang kacak dan awet muda sedikit sebanyak melonjak semula namanya di dalam industri hiburan tanah air.

Karier seninya bermula dengan menjadi vokalis kumpulan Umbrella sebelum menarik diri dari dunia hiburan dan berkhidmat sebagai pramugara. Bersama kumpulan itu, sebanyak dua album diterbitkan iaitu Seribu Rahmat (1995) dan Hujan Panas (1997).

Meniti usia 43 tahun, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Ayu Nur Arisha (19 tahun) hasil perkahwinan terdahulu. Jodoh tidak berpanjangan, Zarul berkahwin kali kedua pada 2010 dengan Intan Nur Fathiah yang merupakan seorang pramugari.

Beliau turut menghasilkan lagu secara solo seperti Jangan Pernah dan Satu Rasa (berduet dengan Marsha).

Gambar Zarul Umbrella

Pelbagai Gaya Zarul Umbrella

Foto : Instagram @zarulhusin
 

4. Ajai

Siapa yang tidak mengenali penyanyi dan komposer hebat, Mohd Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai, 40. Beliau bukan sahaja hebat dalam bidang muzik malahan sangat stailo apabila berfesyen terutamanya ketika menghadiri sesuatu majlis atau anugerah.

Anak kelahiran Masai, Johor ini mula menguak pintu industri hiburan tanah air menerusi kumpulan muzik terkenal sekitar 90-an, Exists sebagai pemain keyboard.

Lagu Untukmu Ibu dan Rahsia Pohon Cemara daripada album pertama yang dikeluarkan pada 1991 bukan sahaja menjulang nama Exists di persada hiburan tempatan malahan di Brunei, Singapura dan Indonesia. Sebanyak tiga album dihasilkan ketika Ajai bersama kumpulan itu.

Seterusnya, nama Ajai mula mekar sebagai penyanyi duet bersama bekas isterinya, Nurul Wahad sebelum bercerai pada 2006. Antara lagu-lagu yang dihasilkan bersama seperti Sehati Sejiwa, Maafkanku dan Aku Cinta, Aku Rindu.

Banyak karya ciptaannya berjaya mencipta sejarah dan menaikkan nama artis popular negara seperti Dato’ Siti Nurhaliza (lagu Percayalah), Dayang Nurfaizah (Seandainya Masih Ada Cinta), Misha Omar (Pulangkan), Alyah (Tak Mungkin Kerna Sayang),  Hafiz Suip (Ku Akui dan Matahari) dan banyak lagi.

Antara pencapaiannya dalam arena muzik tempatan seperti Lagu Terbaik Anugerah Industri Musik (AIM) 1999 menerusi lagu duet bersama Nurul Wahab (Aku Cinta Aku Rindu), Lagu Terbaik AIM 2002 menerusi lagu Seadainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah), Kategori Balada Anugerah Juara Lagu (AJL) 2004 menerusi lagu Pulangkan (Misha Omar) dan banyak lagi.

Ajai

Gambar Ajai Dan Rakan Artis

Foto: Instagram @mrsajai75


Carian Berkaitan

intan nur fathiah, penyanyi lelaki malaysia, penyanyi malaysia lelaki, Irisha Suhaimi

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...
Biodata Ude Wahid, Susulan Kontroversi Perkahwinan Dengan Izreen Azminda
Siapakah Ude Wahid? Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude adalah seorang pemuzik bebas
Biodata Elyana, Penyanyi Yang Pernah Popular Dengan Lagu Kalis Rindu
Elyana, satu nama besar dalam industri hiburan suatu masa dahulu. Lagu-lagu berentak pop
Senarai Frekuensi Stesen Radio Di Malaysia
Mendengar radio adalah sesuatu yang wajib ketika memandu kereta. Betul tak? Tapi kadang-kadang
Biodata Dayah Bakar, Host Jom Singgah (TV3)
Siapa Dayah Bakar? Mungkin nama tersebut agak asing buat sesetengah penonton. Gadis cantik manis
  1. author

    imnajmi12 months ago

    Satu lagi maybe sekadar tambahan, datuk ya salam, err datuk reza, yang pelakon dalam ali setan huhu, bulan masa dengar dia ceramah, mak aiih macam 30an rupa, padahal dah 50an huhu,

    Reply

Leave a reply "4 Penyanyi Lelaki Malaysia Yang Memiliki Wajah Awet Muda"