5 Kelebihan Menjadi Agen Dropship


Anda pasti pernah dengar tentang dropship atau dropshipping. Berikut disenaraikan kelebihan perniagaan secara dropship.

1. Tanpa Modal Besar
Bisnes dropship boleh dijalankan walaupun tanpa mengeluarkan modal yang besar ataupun tanpa apa-apa modal! Penjual boleh menjual produk secara online melalui media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, website peribadi, blog atau melalui aplikasi messenger pada smartphones seperti WhatsApp, WeChat ataupun melalui forum dan website jual beli online seperti lelong.com.my atau mudah.my ataupun Kaskus bagi Indonesia.

2. Sangat Praktikal
Sebagai seorang dropshipper, kita tidak perlu bersusah payah dalam memikirkan proses penyimpanan stok, packaging dan pembungkusan barang dan proses pengiriman barang kepada pembeli kerana semua proses tersebut adalah di bawah tanggungjawab supplier. Selain itu, kita juga tidak perlu memikirkan proses perencanaan bisnes yang cukup kompleks yang dilakukan oleh supplier.

3. Berkerja Dari Rumah
Bisnes dropship boleh dibuat dari rumah atau di mana-mana sahaja asalkan mempunyai line Internet dan juga gadget seperti notebook, tablet atau smartphone. Hubungan dengan pihak supplier atau pelanggan tetap berjalan dengan baik secara online seperti melalui melalui email, chatting aplikasi messenger dan media sosial.

4. Tiada Kos Operasi
Tidak seperti bisnes konvesional yang memerlukan pembiayaan kos operasi yang cukup besar, bisnes dropship boleh dijalankan dengan kos operasi yang sangat minima, ataupun langsung tanpa kos operasi. Kos operasi untuk perniagaan konvensional biasanya adalah merangkumi kos gaji pekerja, bil api dan air serta sewa tapak atau kedai. Sedangkan bisnes dropship, kita hanya mengeluarkan kos yang sangat kecil iaitu kos talian Internet.

5. Tiada Risiko


Seorang dropshipper tidak akan menanggung kerugian sekiranya barang tidak laku dijual. Ini kerana, dropshipper hanya bertindak sebagai orang tengah antara pembeli dan supplier dan jika tiada pembeli bermakna tiada risiko kerugian yang perlu ditanggung.

agen dropship

Kesimpulannya, ramai peniaga online telah berjaya menjana pendapatan hanya dengan menjadi agen dropship. Anda juga boleh berjaya sekiranya anda dapat mencari lubuk drosphip yang bagus, malah tidak mustahil anda boleh menjana pendapatan sehingga 4 angka hanya dengan bekerja di rumah sebagai agen drosphip.


Carian Berkaitan

agen dropship, kelebihan jadi dropship, kelebihan perniagaan secara dropship, kelebihan dropship

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #agen #dropship #dropshipper #duit #kelebihan

Senarai Bantuan Badan Kerajaan Untuk Ibu Tunggal & Bapa Tunggal
Dalam hidup ini, kadang kala anda melalui kepahitan yang membuatkan anda rasa buntu.
Cara Semak Baki AEON Kredit
Ramai yang bertanya tentang bagaimana cara untuk menyemak baki pinjaman AEON Credit. Sebenarnya
Panduan Lengkap Cara Buat Duit Dengan Uber
Perkhidmatan Uber kini menjadi satu fenomena baru dalam sistem pengangkutan di bandar-bandar besar
Cara Mengira Zakat Emas di Malaysia
Zakat adalah salah satu dari rukun Islam. Ia membawa pengertian bersih dan suci

Leave a reply "5 Kelebihan Menjadi Agen Dropship"