Langgan newsletter kami!
Aksi Rock Aweera

Biodata Aweera, Kembali Dengan Band Pelita Lusoh

Aweera adalah seorang penyanyi yang mana bakatnya dicungkil menerusi program realiti TV One in a Million musim ketiga di 8TV pada tahun 2009. Berasal dari Perlis, jejaka berjiwa rock ini kini kembali mewarnai industri seni suara tanahair dengan band baru yang dikenali sebagai Pelita Lusoh. Ia berikutan pelbagai insiden dan kontroversi yang melanda dirinya dengan anggota kumpulan terdahulu iaitu Prime Domestic. Pada Mei lalu, Aweera yang ketika itu masih menganggotai kumpulan Prime Domestic turut serta dalam Konsert Rock Legend 2018 bersama kumpulan May.

Aweera turut memberitahu yang mereka akan tampil dengan single terbaru berjudul Pil yang dijangka berada di pasaran pada pertengahan Januari 2019. Meskipun pelbagai persepsi dilontarkan peminat terhadap Aweera bersama band berbeza sebelum ini, dia juga menerima sokongan daripada band otai seperti Wings serta peminat setianya.

Biodata Aweera

  • Nama Penuh: Nasharul Aweera bin Noriyissham
  • Nama Popular: Aweera
  • Tarikh Lahir: 24 Ogos 1991
  • Umur: 27 tahun (2018)
  • Asal: Utan Aji, Perlis
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Genre Muzik: Pop Rock & Modern Rock
  • Pekerjaan: Penyanyi, Pelakon
  • Album & Single: Ku Di Sini (2009) – single, Kecoh Betul (2010) – OST filem Kecoh Betul, Aku Dia dan Lagu (2014) – single dari album Tribute to Saloma, Terhakis (2015) – single,  Andai Ku Bercinta Lagi (Bersama Mojo),  Romancinta (Bersama Mojo)
  • Syarikat Rakaman:
    – 2009: Monkey Bone Records
    – 2012 – 2014: KRU Records
    – 2014 – sekarang: Sony Music
  • Instagram: @aweera_official

Kisah Perjalanan Seni Aweera

  1. Mula menyanyi sejak berusia 8 tahun.
  2. Sangat meminati irama rock.
  3. Menubuhkan sebuah kumpulan heavy metal bernama Metronome sewaktu di tingkatan empat bersama rakan sekolah dan kumpulan itu masih wujud sehingga sekarang.
  4. Mempunyai hobi menunggang motosikal bersama kelab BS Bikers.
  5. Menyertai program pertandingan nyanyian One in a Million (OIAM3) ketika berusia 18 tahun dan merupakan antara peserta termuda.
  6. Berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam OIAM3 dan menduduki tempat ketiga di belakang Tomok yang menjadi juara manakala Esther pula selaku naib juara.
  7. Perjalanan seni Aweera agak tenggelam selepas OIAM3 kerana tiada syarikat rakaman menawarkannya kontrak sehinggalah beliau kembali ke Perlis dan bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
  8. Pada tahun 2012, KRU telah mempelawa beliau untuk menyertai kumpulan rock baru, Mojo sebagai vokalis dan menghasilkan album mini (EP).
  9. Kumpulan Mojo berjaya meraih anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2012) dan lagu Andaiku Bercinta Lagi telah berjaya ke peringkat akhir Juara Lagu 2012.
  10. Pada tahun 2013, lagu popular Romancinta pula layak ke peringkat akhir Juara Lagu 2014 tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Aweera tidak dapat menyampaikan lagu tersebut. Lagu tersebut seterusnya disampaikan oleh Azmi dari Caliph Buskers yang mana ia telah menjadi viral ketika itu.
  11. Pernah diisytiharkan muflis ketika berusia 22 tahun.
  12. Menjadi peserta Duo Star Astro dan berduet dengan Asfan Shah sebagai pasangan pada tahun 2016.
  13. Pernah berlakon pada 2012 apabila membuat kemunculan dalam filem berjudul Leftwings arahan Faisal Chal Ahmad.
  14. Juga pernah belakon dalam drama Inikah Cinta (2016) yang dibintangi oleh Niezam Zaidi dan Farah Nabila.

Aweera Dengan Band Pelita Lusoh

Gambar Band Pelita Lusoh

Aksi Rock Aweera

Aweera Dan Asfan Shah Dalam Duo Star 2016

Aweera Dan Lagenda Man Kidal

Aweera Penyanyi Rambut Kerinting

Aweera Vokalis Kumpulan Mojo

Foto Aweera

Foto Santai Aweera

Gaya Kacak Aweera

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: