Langgan newsletter kami!
Elisya Sandha Berselfie Dengan Adik Adik Comel

Biodata Elisya Sandha, Adik Kepada Pelakon Fasha Sandha

Mesti anda tertanya-tanya siapa Elisya Sandha ini? Kalau nak tahu, Elisya merupakan pendatang baharu yang berbakat besar dalam industri seni hiburan tempatan. Aktif berlakon sejak berusia 15 tahun lagi, figura cantik ini merupakan adik kepada aktres popular tanah air iaitu Fasha Sandha.

“Angah (Fasha Sandha) tidak pernah menjual nama saya kepada pengarah-pengarah drama mahupun filem kerana dia mahu adiknya berdiri sendiri di atas bakat serta kemampuan yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana faktor. Saya juga menolak andaian pihak yang mempertikaikan perjalanan seni yang dilalui dengan mudah kerana saya juga perlu menjalani ujibakat seperti mana artis-artis yang lain yang masih baru dalam industri ini,” – Elisya Sandha

Digandingkan dengan Zoey Rahman, drama terbaru lakonannya iaitu Mat Rukun akan ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi.

Biodata Elisya Sandha

  • Nama Penuh: Nur Elisya Binti Mohd Faisal
  • Nama Komersil: Elisya Sandha
  • Tarikh Lahir: 1999
  • Umur: 18 Tahun (2017)
  • Keluarga: Anak bongsu daripada lima adik-beradik
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model dan Penyanyi
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Bakat : Menari, Menyanyi, Berlakon
  • Kelab Peminat: Elisya Sandha Lovers
  • Drama/Telefilem: Hai Lah Menantu, Mat Rukun, Bila Chacha Masuk Asrama, Destinasi G4, Aku Mahu Ke New York, Cinta Gred A dan banyak lagi.
  • Filem: Anak Mami Nasi Kandar (AMNK), Perjanjian Syaitan dan Cendol
  • TV Host: Misi Kita
  • Twitter: twitter.com/elisyasandhaa
  • Instagram: instagram.com/elisyasandha

Trivia Menarik Elisya Sandha

  1. Pernah menganggotai kumpulan nyanyian bernama Nova Nona yang berkonsepkan seperti kumpulan Feminin dan Res2.
  2. Pernah menyertai pertandingan menari Superstar Astro Ceria bersama kumpulannya iaitu Diamoniq.
  3. Timbul minat terhadap dunia lakonan apabila seringkali menemani kakaknya Fasha Sandha ke lokasi pengambaran sejak berusia 12 tahun lagi.
  4. Elisya Sandha mahu dikenali dengan bakatnya sendiri dan tidak ingin dibayangi oleh populariti kakaknya.
  5. Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur.
  6. Aktif dalam kumpulan pasukan sorak (cheerleader) di sewaktu sekolah.
  7. Dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan anak pelakon dan penerbit hebat tempatan, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.
  8. Kerjaya seninya diuruskan oleh ibunya sebagai pengurus peribadi.
  9. Pernah menjadi jurucakap kepada produk kosmetik iaitu Maybelline.
  10. Jika tidak terlibat dengan dunia lakonan, Elisya Sandha bercita-cita untuk menjadi akauntan.
  11. Pernah membintangi filem tamil berjudul “Natchatiran” yang telah ditayangkan pada Disember 2015.

Elisya Sandha Bertudung Comel

Gambar Adik Fasha Sandha Berhijab Gambar Selfie Elisya Sandha Dan Zoey Rahman Swafoto Elisya Sandha

Elisya Sandha Berlakon Sebagai Cikgu Zakiah

Elisya Sandha Bertudung

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: