Langgan newsletter kami!
Atlet Gimnastik Farah Ann

Biodata Farah Ann Abdul Hadi, Ratu Gimnas Negara

Artikel asal dari https://www.azhan.co | Young, talented and pretty. Itulah tiga perkataan yang muncul di fikiran penulis terhadap ratu gimnas negara, Farah Ann. Bukan sahaja dikurnia rupa paras yang cantik malahan aksi lincahnya di gelanggang gimnastik sentiasa menjadi tumpuan netizen terutamanya bagi pengemar sukan tanah air.

Selain bijak dalam pelajaran, anak jati Selangor berdarah campuran Melayu-Kanada itu sudah menunjukkan prestasi cemerlangnya dalam bidang sukan sejak kecil lagi. Baginya, umur tidak membatasi kemahuannya untuk berjaya dalam sukan yang diminatinya. Amazing, right?

Jom kenali dengan lebih dekat figura berbintang Taurus ini.

Biodata Farah Ann

  • Nama Penuh: Farah Ann Abdul Hadi
  • Nama Komersil: Farah Ann
  • Tarikh Lahir: 3 Mei 1994
  • Umur: 23 tahun (2017)
  • Asal: Subang Jaya, Selangor
  • Keluarga: Anak kedua daripada tiga adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Keturunan: Kacukan Melayu-Kanada
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Atlet Gimnastik Malaysia dan Model
  • Prinsip Hidup: Percaya pada diri sendiri
  • Pencapaian:
    -Pingat perak (kategori palang) di Kejohanan Gimnastik Piala Dunia 2016 di Ljubjlana, Slovenia.
    -Pingat dua pingat Emas dan tiga pingat gangsa di Sukan SEA 2015 Singapura.
    -Juara keseluruhan Kejohanan Gimnastik Artistik Kebangsaan ke-29 di Bukit Jalil dengan merangkul tiga emas, satu perak dan satu gangsa dengan mewakili negeri Selangor.
    -Pingat perak di Sukan SEA 2011 Indonesia.
  • Facebook: https://www.facebook.com/farahannofficialpage
  • Twitter: https://twitter.com/farahannhadi
  • Instagram: https://www.instagram.com/farahann94

Trivia Menarik Farah Ann

  1. Mula menceburi sukan gimnastik sejak berusia tiga tahun lagi.
  2. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang peramah, penuh motivasi, sukakan pengembaraan dan kadang-kala cemerkap.
  3. Gemar membaca buku bergenre fiksyen dan fantasi.
  4. Memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 iaitu 5A dan 5B.
  5. Selain berehat di rumah, menonton wayang merupakan aktiviti masa lapangnya.
  6. Jika tidak aktif sebagai gimnas, Farah mahu menjadi jurulatih separuh masa atau pengacara TV.
  7. Beliau pernah terlantar di hospital hampir dua minggu dan berehat di atas katil selama sebulan dek kerana keretakan lutut, tulang belakang dan jari.
  8. Kakaknya iaitu Kartrina Ann Abdul Hadi merupakan atlet renang berirama negara.
  9. Datuk Nicol Ann David dan Pandelela Rinong merupakan idolanya dalam bidang sukan.
  10. Menerima darjah kebesaran iaitu Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Suttan Sharafuddin Idris Shah pada Disember 2016.
  11. Pernah tercalon di Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) bagi kategori Bintang Sukan Wanita Pilihan Online.

Aksi Gimnastik Farah Ann

Atlet Gimnastik Farah Ann

Farah Ann Dan Bapanya

Farah Ann Manis Berbaju Kurung

Gadis Cantik Farah Ann

Gambar Farah Ann Bersama Adik Beradik

Gambar Farah Ann Gimnas Yang Sangat Cantik

Gaya Kasual Feminin Farah Ann

Gimnas Malaysia Farah Ann

Wajah Farah Ann Ahlis Gimnastik Malaysia

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

  1. Dimana Status Farah Ann BACOT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: