Langgan newsletter kami!
Roberto Martinez Portugal Vs CR7 Ronaldo

Roberto Martinez Diumum Pengurus Baru Portugal

Bekas pengurus bola sepak Belgium, Roberto Martinez telah diumum sebagai pengurus baru kepada pasukan Portugal pada hari Isnin yang lalu. Martinez telah meninggalkan jawatan sebagai pengurus Belgium selepas Piala Dunia 2022 di Qatar, di mana pasukannya mengalami kegagalan dalam peringkat kumpulan dengan menamatkan saingan di kedudukan ketiga Kumpulan F di belakang Morocco dan Croatia.

Di Portugal, beliau akan menggantikan Fernando Santos, yang menjadi pengurus selama lapan tahun dan membimbing pasukan menjadi juara buat kali pertama pada Euro 2016.

Martinez berkata, “Saya sangat gembira untuk berada di sini, saya sangat gembira untuk dapat mewakili salah satu pasukan bola sepak yang paling berbakat di dunia”.

Apabila ditanya tentang peranan masa depan Cristiano Ronaldo dengan pasukan negara, Martinez berkata, “Keputusan perlu dibuat di atas padang. Saya bukan seorang jurulatih yang membuat keputusan dengan cepat. Saya ingin bertemu dengan semua orang, dan mulai hari ini, saya ingin bercakap dan mengenali semua pemain”.

Martinez telah melatih banyak pasukan di peringkat kelab antaranya Swansea City, Wigan Athletic dan Everton.

Presiden FA Portugal, Fernando Gomes, berkata, “Kami mencari seorang jurulatih yang bercita-cia tinggi, mahir tentang bola sepak antarabangsa, biasa melatih pemain pada tahap tertinggi dan dengan pengalaman dalam liga utama dan pasukan negara.”

“Tempat lahir jurulatih baru tidak pernah relevan. Kami mempunyai pemain yang pernah, sedang atau akan bermain dalam liga yang berbeza. Reputasi kerjaya Roberto Martínez telah terbukti. Dia telah membina kerjaya berdasarkan kerja dan pengumpulan kemahiran. Enam tahun yang lalu, dia menjadi jurulatih Belgium dan membawa mereka ke ranking No. 1 di dunia”.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: