Biodata Fikry Ibrahim, Pelawak Handsome Dari Kedah

Wajah Kacak Fikry Ibrahim

Menyertai program mencari bakat pelawak iaitu Lawak Solo 2016 membuka pintu rezeki buat pemuda kacak bernama Fikry Ibrahim untuk bergelar selebriti.

Menerusi program tersebut, anak jati Kedah ini menyandang tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Selain melawak, figura berkulit sawo matang ini juga turut mengembangkan bakatnya sebagai seorang pengacara dan pelakon.

Terkini, Fikry digandingkan dengan Siti Nordiana dan Achey Bocey untuk mengacarakan program realiti nyanyian kerohanian, Gema Gegar Vaganza (GGV) yang disiarkan di Astro Oasis 106.

Mari kita berkenalan dengan pelawak berbakat besar ini.

Biodata Fikry Ibrahim

  • Nama Penuh: Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim
  • Nama Komersil: Fikry Ibrahim / Fikry Lawak Solo
  • Tarikh Lahir: 1994
  • Umur: 23 Tahun (2017)
  • Asal: Jitra, Kedah
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelawak, Pengacara, Pelakon dan Usahawan
  • Host TV: Gema Gegar Vaganza (Astro) dan Jalan Jalan Makan Angin (TV3)
  • Facebook: facebook.com/fikrylawaksolo
  • Instagram: instagram.com/fikryibrahim

Trivia Menarik Fikry Ibrahim

  1. Merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
  2. Kini, Fikry menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan yang sama.
  3. Sebelum menyertai Lawak Solo, Fikry pernah berniaga dobi selama 10 bulan di Jitra.
  4. Pernah diganggu peminat yang menghantar mesej-mesej berbaur lucah di Instagram miliknya.
  5. Mengakui bahawa rupa paras yang tampan bukanlah satu kelebihan buat dirinya tetapi ia memberi lebih tekanan setiap kali ingin melakukan persembahan.
  6. Fikry Familia (FF) merupakan nama kelab peminatnya.
  7. Mempunyai lebih 40, 000 pengikut di Instagram miliknya.

Fikry (Lawak Solo)

Fikry Ibrahim Berbaju Melayu Dan Bersongkok

Foto Santai Fikry Lawak Solo

Wajah Kacak Fikry Ibrahim


Carian Berkaitan

biodata fikry ibrahim, fikry ibrahim hos gema gegar vaganza siapa, fikry lawak solo biodata, biodata fikry ibrahim lawak solo

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Fikry Ibrahim #Fikry Ibrahim #Fikry Ibrahim Biodata #Fikry Lawak Solo

Biodata Karl Shafek, Pengacara CJ Wow Shop
Biodata Karl Shafek | Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran satu masa dahulu, membuka
5 Chef Selebriti Malaysia Popular Masa Kini
Siapa kata jadi tukang masak atau chef tidak boleh popular. Chef Wan, Chef
Biodata Fadza Anuar, Suami Vivy Yusof dan CEO FashionValet.com
Jika anda peminat setia program Love, Vivy yang ditayang di Astro Ria 104,
Biodata Johan Raja Lawak, Pelawak Versatil Popular
Selepas menyertai program Raja Lawak musim pertama, jenama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz

Leave a reply "Biodata Fikry Ibrahim, Pelawak Handsome Dari Kedah"