Langgan newsletter kami!
Kuih Lapis

Resepi Mudah Membuat Kuih Lapis

Resepi Kuih Lapis. Dari kecil sampailah dewasa, saya ada satu tabiat makan kuih lapis dengan menceraikan lapisan demi lapisan. Saya tak biasa makan kuih lapis sekaligus! Saya ada terfikir bagaimana kuih lapis dihasilkan. Rupa-rupanya, tak susah nak buat kuih lapis ni. Bahan-bahannya pun tak banyak. Cuma perlu ulang proses tertentu berulang kali jadi ambil masa sedikit. Jika anda ingin mencuba buat kuih lapis di rumah, inilah resepinya untuk anda.

Bahan-bahan Membuat Kuih Lapis

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna merah (atau apa-apa warna yang anda suka) dan perisa sos

Cara Membuat Kuih Lapis

  • Pertama sekali, masukkan santan dalam periuk dan panaskan sebentar hingga suam.
  • Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam satu mangkuk.
  • Kemudian, tambahkan santan dalam mangkuk tersebut dan gaul hingga tidak berbintil.
  • Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa sos.
  • Kemudian, tuang 1/3 adunan tanpa warna ke dalam loyang berukuran 8 inci yang telah disapu sedikit minyak.
  • Kukus selama 5 minit dengan api yang besar.
  • Selepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan merah dan kukus lagi.
  • Ulangi proses sehingga mendapat 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah .
  • Akhir sekali, angkat dan sejukkan. Selamat mencuba!

Info tambahan: Sepotong kuih lapis dianggarkan mempunyai 87 kalori.

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: