Biodata Lara Alana, Puteri Comel Awal Ashaari Dan Scha Alyahya

Lara Alana

Biodata Lara Alana. Berbicara tentang dunia seni hiburan, bukan hanya ibu bapa yang dilimpahi lensa populariti malahan anak-anak selebriti turut menerima tempiasnya. Hal ini turut terjadi buat kanak-kanak bernama Lara Alana yang menjadi tumpuan orang ramai dan media tempatan sejak dilahirkan pada 2014.

Selain kecomelannya, buah hati kesayangan pasangan selebriti popular tempatan iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini juga sensasi di media-media sosial dengan pelbagai video telatah lucunya di instagram miliknya.

Dengan pengaruh luar biasa di media sosial, si cilik ini juga menjadi rebutan syarikat-syarikat gergasi berasaskan produk kanak-kanak untuk dilamar sebagai duta produk mereka. Ternyata kehadiran Lara Alana bukan sahaja sebagai penyeri rumah tangga bahkan menjadi sumber rezeki buat pasangan romantis tersebut.

Jom kita berkenalan dengan si comel yang mesra disapa Rara ini.

Biodata Lara Alana

  • Nama Penuh: Lara Alana Binti Ahmad Awaluddin
  • Nama Komersil: Lara Alana
  • Tarikh Lahir: 22 Julai 2014
  • Umur: 4 Tahun (2017)
  • Zodiak: Cancer
  • Keluarga: Anak Sulung
  • Ibu Bapa: Awal Ashaari dan Scha Alyahya
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Rancangan TV: Lara Oh Lara
  • Saluran YouTube: SchAwaLara TV
  • Facebook: facebook.com/laraalana.schawal
  • Instagram: instagram.com/laraalanaa

Trivia Menarik Lara Alana

  1. Dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
  2. Kanak-kanak pertama di Malaysia yang mempunyai rancangan realiti sendiri iaitu Lara Oh Lara dan disiarkan oleh Astro Ria 104 pada Ogos 2016.
  3. Mempunyai darah campuran Arab dan Cina di sebelah ibunya (Scha).
  4. Menjadi duta kepada Yakult Malaysia, Johnson & Johnson Milk dan Dutch Lady Nutriplan.
  5. Mempunyai koleksi baju raya sendiri di bawah label Jakel bersama ibu bapanya.
  6. Seringkali dibandingkan dengan anak bongsu Rozita Che Wan (Che Ta) iaitu Aaisyah Dhia Rana.
  7. Turut mempunyai rangkaian produk haruman di bawah jenamanya Lara Alana yang telah dilancarkan pada 2016 lalu.
  8. Dinobat sebagai Personaliti Media Sosial Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 29.
  9. Lara popular dengan panggilan ‘Datin’ dan jolokan itu melekat sehingga hari ini.
  10. Mempunyai hampir 3 juta pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Lara Alana

Gambar Comel Lara Alana

Gaya Fesyen Lara Alana

Keluarga Lara Alana

Lara Alana Cover Majalah Harmoni

Lara Alana Dan Bapanya Awal Ashaari

Lara Alana Dan Scha Alyahya

Video Lara Alana

Antara video menarik Lara Alana.


Carian Berkaitan

lara alana biodata, biodata lara alana, lara alana 2017, biodata awal ashaari

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Lara Alana #Lara Alana #Lara Alana Biodata #Lara Oh Lara

Biodata Ude Wahid, Susulan Kontroversi Perkahwinan Dengan Izreen Azminda
Siapakah Ude Wahid? Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude adalah seorang pemuzik bebas
Biodata Elyana, Penyanyi Yang Pernah Popular Dengan Lagu Kalis Rindu
Elyana, satu nama besar dalam industri hiburan suatu masa dahulu. Lagu-lagu berentak pop
Senarai Frekuensi Stesen Radio Di Malaysia
Mendengar radio adalah sesuatu yang wajib ketika memandu kereta. Betul tak? Tapi kadang-kadang
Biodata Dayah Bakar, Host Jom Singgah (TV3)
Siapa Dayah Bakar? Mungkin nama tersebut agak asing buat sesetengah penonton. Gadis cantik manis

Leave a reply "Biodata Lara Alana, Puteri Comel Awal Ashaari Dan Scha Alyahya"