Langgan newsletter kami!
Foto Solo Randy Pangalila

Biodata Randy Pangalila, Aktor Ganteng Dari Indonesia

Randy Pangalila, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena hiburan di Indonesia dan Malaysia. Berbekalkan wajah ‘ganteng’ dan personaliti menarik, kehadiran pria kelahiran Surabaya, Indonesia ini mudah diterima peminat dan pemerhati seni hiburan.

Sudah mengukuhkan tapak sebagai seorang pelakon, figura berbintang Libra ini turut menongkah survival hidup dan jalan seninya sebagai seorang penyanyi dengan menubuhkan kumpulan nyanyian sendiri iaitu RVN Band.

Terbaharu, drama berantai lakonannya iaitu Urusan Hati Cik Drama Queen bergandingan bersama pelakon Scha Al-Yahya dan Aiman Hakim Ridza telah disiarkan di Astro Ria 104 mulai 6 Februari 2017 lalu.

Berikut, penulis kongsikan tentang biodata dan trivia menarik mengenai Randy Pandalila buat tatapan pembaca. Check it out!

Biodata Randy Pangalila

  • Nama Penuh: Randy Dionisius Pangalila
  • Nama Komersil: Randy Pangalila
  • Tarikh Lahir: 19 Oktober 1990
  • Umur: 27 (2017)
  • Zodiak: Libra
  • Asal: Surabaya, Jawa Timur, Indonesia
  • Keluarga: Anak bongsu daripada dua adik-beradik
  • Agama: Kristian (Katolik)
  • Keturunan: Berdarah kacukan Manado, Belanda dan Jawa
  • Warganegara: Indonesia
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Model
  • Sinetron/Drama: Alisha, Gue Banget, Cinta Fitri, Cinta Kirana, Karissa, Sumpah I Luv U, Nada Cinta, Cinta Melody, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Aishiteru, Juna Cinta Juni, Benci VS Cinta, Putri Duyung, Manusia Harimau, Cik Drama Queen dan banyak lagi.
  • Filem: Oh Baby, Kutukan Suster Ngesot dan Nyi Roro Kidul Project.
  • Lagu: Kisah Yang Sempurna, Bertahan, Selalu Milikmu (duet dengan Marsha Milan London), Tanpamu Ku Tak Bisa, Takkan Terpisah, Lewat Semesta dan banyak lagi.
  • Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100013950300300
  • Twitter: https://twitter.com/randpunk789
  • Instagram: http://www.instagram.com/randpunk/
  • Wikipedia: https://id.wikipedia.org/wiki/Randy_Pangalila

Trivia Menarik Randy Pangalila

  1. Sebelum terjun ke dunia lakonan, Randy menorak langkahnya sebagai seorang model.
  2. Memulakan karier sebagai pelakon di Indonesia pada tahun 2005 manakala 2011 di Malaysia menerusi telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.
  3. Di Malaysia, Randy Pangalila pernah digosipkan dengan pelakon bertubuh genit, Elfira Loy.
  4. Kakaknya, Inggrid Pangalila merupakan seorang aktres popular di Indonesia.
  5. Menubuhkan kumpulan nyanyian iaitu RVN Band (gabungan nama Randy bersama dua ahli kumpulannya iaitu Nayaka dan Javier). Sebelum RVN Band, aktor kacak ini pernah menganggotai kumpulan Eleven dan Astoria.
  6. Randy pernah menyumbang vokalnya untuk runut bunyi bagi filem Oh Baby dengan lagu Lewat Semesta dan Tanpamu Ku Tak Bisa.
  7. Mempunyai tali pinggang hitam dalam sukan taekwondo.
  8. 2017 merupakan tahun ketujuh Randy bercinta dengan pelakon cantik Indonesia, Michella Putri.
  9. Sejak empat tahun lalu, Randy menjaga badan dan membina otot tubuh dengan mengamalkan diet seimbang dan senaman di gym secara konsisten.
  10. Bakal mengeluarkan buku kesihatannya iaitu The Secret by Randy Pangalila tidak lama lagi. Buku ini mengisahkan rutin harian senaman dan amalan pemakanan yang dilakukan oleh figura berkenaan dalam mengekalkan kecergasan tubuh badan.

Foto Solo Randy Pangalila

Gambar Hot Randy Pangalila Tak Pakai Berbaju

Gambar Randy Pangalila Dan Elfira Loy

Randy Pangalila Bersama Kekasih (pacar) Michella Putri

Randy Pangalila Dan Pelakon Drama Urusan Hati Cik Drama Queen

Randy Pangalila Dan RVN Band

Aktor Randy Pangalila Bermain Gitar

Foto Ganteng Randy Pangalila

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: