Biodata Redza Rosli, Pelakon Seindah Takdir Cinta

Gambar Header Redza Rosli

Biarpun usia penglibatan Redza Rosli dalam arena seni hiburan masih hijau, namun boleh dikatakan beliau adalah antara wajah baharu yang semakin laris di kaca TV. Berwajah seiras penyanyi antarabangsa popular Zayn Malik, nama Redza Rosli bukan sahaja meniti di bibir peminat tempatan, bahkan menjadi buruan pengarah dan penerbit tanah air sejak kebelakangan ini.

Bakat lakonannya mula menyinar apabila diberi peluang meneraju watak utama dalam drama berantai popular berjudul Seindah Takdir Cinta bergandingan bersama Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli menerusi slot Akasia di TV3.

Jom kita berkenalan dengan pemuda kelahiran Subang Jaya, Selangor ini.

Biodata Redza Rosli

  • Nama Penuh: Ahmad Reza Rosli
  • Nama Komersil: Redza Rosli
  • Tarikh Lahir: 18 Mac 1992
  • Umur: 25 Tahun (2017)
  • Zodiak: Pisces
  • Asal: Subang Jaya, Selangor
  • Keluarga: Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Kelab Peminat: RR Supernation FC
  • Drama: Amsyar, Seindah Takdir Cinta, Meh! Sandar Padaku, Di Pintu Syurga, M.A.I.D, Stella, Kamelia Katrina, Tanah Merah dan Puteri Bukan Nama Sebenar.
  • Telefilem: Anak Imam Argentina, Hantu Selfie, Hantu Welfie, Panggilan Subuh, Hantu Cinta Buta, Nama Aku Beng, Ustaz Baru Nak Start, Cikgu Dina Pakai Prada, Kalam Cinta dan banyak lagi.
  • Facebook: https://www.facebook.com/redzarosli92
  • Instagram: https://www.instagram.com/redzarosli
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Redza_Rosli

Fakta Menarik Tentang Redza Rosli

  1. Memulakan karier sebagai seorang pelakon pada tahun 2009 menerusi drama pertamanya Kamelia Katrina.
  2. Merupakan graduan rekaan dalaman dari Kolej SeGi.
  3. Pernah digosipkan bercinta dengan pelakon cantik, Izreen Azminda.
  4. Pernah mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan selepas terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Utara-Selatan pada penghujung 2016 selepas tamat menjalani penggambaran drama Kak Marr di Perlis.
  5. Pandai bermain muzik seperti gitar dan sukakan muzik bergenre Jazz.
  6. Suka berehat dan lepak di rumah jika tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lakonan atau majlis berkaitan.
  7. Jika ada masa terluang yang panjang, Redza suka menghadiri kelas lakonan teater dan bercita-cita untuk berlakon di pentas teater satu hari nanti.
  8. Pernah tercalon dalam Top 5 Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH29).
  9. Tidak merokok.
  10. Wajahnya turut dikatakan seiras bekas penyanyi berkumpulan antarabangsa, One Direction.
  11. Ciri-ciri gadis pilihan: seseorang yang memahami kerjaya, jujur, setia dan ihklas menerima Redza seadanya.

Gambar Pelakon Redza Rosli

Gambar Redza Rosli Selfie Bersama Peminat

Lagak Aksi Redza Rosli

Redza Rosli Bergaya Bersama Motosikal Besar

Redza Rosli Dan Zara Zya

Artis Badan Sado Redza Rosli Di Gym


Carian Berkaitan

biodata redza rosli 2016, redza rosli dan kekasih, agama redza rosli, biodata redza

Azlan Jusoh

Bekas wartawan berjiwa seni

More Posts


Artikel Berkaitan

Tags: #Ahmad Reza Rosli #Biodata Redza Rosli #Pelakon Seindah Takdir Cinta #Profil Redza Rosli #Redza Rosli Biodata Penuh #redza rosli dan kekasih

Biodata Syafiq Kyle, Hero Suamiku Paling Sweet
Sejak dikenali menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, nama pelakon Syafiq Kyle mula
5 Artis Malaysia Yang Berasal Dari Terengganu
Tahukah anda, terdapat ramai lagi selebriti terkenal negara yang merupakan anak jati negeri
5 Majalah Kartun Popular Malaysia Sekitar 80an Hingga 90an
Membaca majalah kartun merupakan salah satu hobi yang menyeronokkan terutamanya di masa lapang
Biodata Randy Pangalila, Aktor Ganteng Dari Indonesia
Randy Pangalila, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena hiburan di Indonesia dan

Leave a reply "Biodata Redza Rosli, Pelakon Seindah Takdir Cinta"