Langgan newsletter kami!
Gaya Wak Doyok

Biodata Wak Doyok, Ikon Fesyen Popular

Ikon Fesyen Malaysia dan trend setter. Itulah gelaran yang diberikan netizen dan pemerhati fesyen buat lelaki bermisai lentik dan berjanggut tebal persis jejaka maskulin era Inggeris 60-an, Wak Doyok.

Biarpun pernah dipandang pelik oleh sesetengah masyarakat sebelum ini, namun kini sudah ramai lelaki muda di luar sana tampil dengan imej seperti anak kelahiran Klang, Selangor berkenaan.

Semakin dikenali ramai, Wak Doyok mengorak selangkah ke depan dengan menjalankan perniagaan berasaskan produk kesihatan seperi kopi  dan penjagaan diri lelaki seperti krim penumbuh jambang dan pomade menerusi syarikatnya iaitu Legasi WD Holding (M) Sdn Bhd. Beliau juga mempunyai rangkaian kedai gunting rambut di serata negara.

Jom kita berkenalan dengan jejaka berketurunan Melayu-Jawa ini.

Biodata Wak Doyok

  • Nama Penuh: Mohd Azwan Md Nor
  • Nama Komersil: Wak Doyok
  • Tarikh Lahir: 23 November 1980
  • Umur: 37 Tahun (2017)
  • Asal: Klang, Selangor
  • Zodiak: Sagitarius
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu (berketurunan Melayu-Jawa)
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Perunding Fesyen Artis, Ahli Perniagaan, Pengacara dan Pelakon
  • Rancangan TV: Ke Jepun Ke Kita, Ke Indonesia Ke Kita, Ke Korea Ke Kita
  • Drama: Jodoh 2, Kelas 601 dan Small Mission Enterprise (SME)
  • Filem: Abang Long Fadil (2017)
  • Facebook: http://www.facebook.com/wakdoyok8055
  • Twitter: @Wak_Doyok
  • Instagram: http://www.instagram.com/wakdoyok

Trivia Wak Doyok

  1. Sebelum dikenali ramai, Wak Doyok pernah bekerja sebagai kelindan lori dan buruh kasar.
  2. Wak Doyok turut menjalankan bisnes pakaian dan fesyen, The Garment berkolaborasi dengan pereka fesyen tempatan, Fairuz Ramdan.
  3. DulangMas Cafe iaitu restoran berkonsepkan masakan Thailand yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam adalah miliknya bersama rakan kongsinya, Fizul Nawi.
  4. Selain DulangMas Cafe, figura ini baharu sahaja membuka restoran barunya iaitu The Embassy Cafe & Bakery di The Stailing Mall Damasara Utama, Petaling Jaya pada 6 Februari 2017 lalu.
  5. Pernah digosipkan bercinta dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.
  6. Memenangi Anugerah Top Influencer Asia 2015 yang berlangsung di Pan Pacific, Singapura dan disampaikan oleh artis Korea Popular, Jay Park.
  7. Mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram miliknya.
  8. Wak Doyok juga tampil dengan 13 episod rancangan tutorial berfesyen iaitu ‘How To Dress Well‘ di saluran YouTube.
  9. Menerusi Legasi WD Holding (M) Sdn Bhd, Wak Doyok mengeluarkan produk Krim Jambang, Pomade Wak Doyok, Kopi Lu-Wak Doyok, Shampoo Wak Doyok dan banyak lagi.
  10. Figura ini juga membuka kedai gunting hipsternya sendiri iaitu Wak Doyok Barbershop yang terletak di Subang Jaya, Selangor.
  11. Selain filem Abang Long Fadil 2, beliau pernah berlakon dalam filem pendek berjudul Kayul sempena Hari Wanita Sedunia arahan Ida Nerina.
  12. #takpanaske dan #akuyangpakaikauyangpanas merupakan hashtag yang selalu digunakannya di dalam laman media sosial miliknya.
  13. Sedar atau tidak, Wak Doyok sudah berkelana selama enam tahun dalam industri seni hiburan negara.

Wak Doyok turut berkongsi 30 tips berjaya untuk anak muda di lnstagram miliknya. Jom baca!

  1. Solat 5 waktu dan solat sunat tahajud.
  2. Berdoa kepada Allah minta belas kasihan rezeki yang tidak disangka-sangka seperti lautan yang luas dan daun-daun yang berguguran.
  3. Banyakkan membaca surah Al-Ikhlas dan jangan menghitung.
  4. Sentiasa minta restu ibu kerana dia kunci pintu rezeki.
  5. Banyakkan bersedekah.
  6. Berhenti menbeli dan menghisap rokok.
  7. Buat potongan gaji 10% untuk simpanan ASB.
  8. Buat potongan secara automatik bank untuk simpanan Tabung Haji.
  9. Buat kerja lebih masa seperti ‘parttime job’.
  10. Jangan melepak hingga membuang masa di tempat-tempat tertentu.
  11. Jangan pergi ke kelab malam/clubbing.
  12. Jangan minum minuman keras.
  13. Rancang simpanan untuk membeli rumah yang pertama di usia muda.
  14. Buat tabung kecemasan.
  15. Buat insurans.
  16. Jangan membeli barangan branded.
  17. Jangan putus memberi duit kepada ibu dan bapa.
  18. Jangan masuk/terpedaya dengan skim cepat kaya atau skim pelaburan yang tidak berdaftar.
  19. Bawa bekal dari rumah.
  20. Naik kenderaan awam atau motor.
  21. Cari rumah yang sewanya rendah di luar bandar.
  22. Rancang keluar dengan kekasih/untuk menjimatkan kos perbelanjaan.
  23. Jangan buat pinjaman peribadi.
  24. Langsaikan hutang PTPTN.
  25. Sentiasa beringat nak menyimpan duit.
  26. Jangan membeli kereta yang mahal.
  27. Tawakal dan sentiasa bersyukur.
  28. Jangan dengki dengan orang lain.
  29. Berzakat.
  30. Jangan malas.

Wak Doyok Bersama Datuk Aliff Syukri

Wak Doyok Bersama Myo

Ikon Fesyen Wak Doyok

Imej Wak Doyok

Gambar Wak Doyok Dan Tun Mahathir

Wak Doyok Dan Kereta Ferrari Merah

Pencuci Muka Jenama Wak Doyok

Pomade Jenama Wak Doyok

Gambar Wak Doyok Ketika Muda Remaja Sebelum Popular

Gambar Wak Doyok Sewaktu Muda Tanpa Misai Dan Jambang

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: