Cara Berkesan Elak Mengandung Selepas Bersama

Test Kit Result Negatif Tidak Mengandung

Sebelum menempuh alam perkahwinan, pasangan lelaki dan wanita perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai perancangan keluarga. Ini penting kerana kehamilan yang tidak dirancang boleh menimbulkan tekanan emosi dan mental sama ada dari pihak suami mahupun isteri. Menurut pakar perubatan, perancangan kehamilan juga penting supaya kehamilan itu nanti tidak berlaku terlalu cepat, terlalu lewat atau terlalu rapat dengan kehamilan sebelumnya kerana boleh menimbulkan masalah suatu masa nanti.

Berikut dikongsikan cara-cara untuk elakkan mengandung selepas bersama.
 

Guna Kondom

Penggunaan kondom merupakan antara cara yang mudah dan berkesan untuk mencegah kehamilan semasa bersama. Menurut NHS (National Health Service), kondom yang dipakai oleh lelaki adalah 98% efektif terhadap pencegahan kehamilan. Namun perlu dipastikan bahawa pihak lelaki memakai kondom dengan betul. Kondom yang mana bahannya diperbuat daripada getah sangat mudah didapati di kedai-kedai farmasi dan kedai 24 jam seperti 7-eleven. Di samping mencegah kehamilan, penggunaan kondom juga dapat melindungi dari penyakit kelamin yang berjangkit.
 

Tidak Pancut Mani Dalam

Cara ini juga adalah sangat mudah untuk dipraktikkan namun memerlukan teknik yang betul dari pihak suami.  Kepakaran suami untuk mengawal dan menahan pancutan air mani akan memastikan cara ini mencapai keberkesanan pencegahan kehamilan sehingga 100%. Namun begitu, sebelum bersama kedua-dua pihak perlu berbincang dan bersetuju terlebih dengan merancang agar suami tidak pancut dalam semasa klimaks.
 

Guna Pil Perancang

Penggunaan pil perancang keluarga merupakan salah satu cara lain untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Dan dengan mengambil pil perancang anda tak perlu risau lagi jika suami pancut dalam atau ‘terlepas awal’. Namun sebelum mengambil pil perancang, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat yang tepat dari doktor yang bertauliah kerana terdapat berbagai-bagai jenis pil perancang di pasaran dan kemungkinan mendapat kesan buruk pengambilan pil perancang ini. Kebiasaannya pil perancang kombinasi iaitu yang mengandungi kedua-dua jenis hormon estrogen dan progestogen digunakan melainkan untuk wanita yang masih menyusu ataupun mempunyai masalah penyakit seperti tekanan darah tinggi.

 

Kira Waktu Subur dan Tidak Subur

Seseorang wanita perlu memantau kitaran haid masing-masing kerana daripada itu waktu subur dan tidak subur boleh ditentukan. Walau bagaimanapun teknik ini hanya dapat dilakukan untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap sahaja. Jika kitaran mereka tidak tetap, maka kiraan hari subur sukar dilakukan. Risiko hamil juga akan bertambah jika pengiraan tidak dapat dilakukan dengan betul dan tepat.

Berikut disertakan cara ringkas mengira waktu subur dan waktu tidak subur.

  • Catatkan bilangan hari kitaran haid, iaitu dari hari pertama mengalami haid sehingga hari pertama mengalami haid pada kitaran seterusnya.
  • Dapatkan bilangan purata.
  • Kemudian tolakkan 18 hari daripada bilangan hari dalam putaran haid yang terpendek.
  • Angka ini adalah hari pertama waktu subur. Contohya jika putaran haid yang terpendek ialah 24 hari, tolak 18 dari 24 dan anda akan dapat enam hari. Maka pada hari ke-6 dalam kitaran haid itu, adalah hari pertama waktu subur pada bulan itu.
  • Kemudian dapatkan jarak kitaran haid yang terpanjang. Tolak 11 hari daripada hari yang terpanjang. Angka ini adalah hari terakhir subur dalam kitaran pada bulan itu. Misalnya jika kitaran haid yang terpanjang ialah 34 hari, ditolak angka 11 daripada 34 akan memberi angka 23.
  • Maka hari ke 23 dalam kitaran haid itu ialah hari terakhir waktu subur pada kitaran haid bulan itu.

Kurang jelas? Mari lihat contoh:

  • Siti Aminah mempunyai kitaran haid selama 28 hari pada setiap bulan.
  • Hari pertama subur ialah 28-18=10, iaitu pada hari ke 10 dalam kitaran haidnya.
  • Hari terakhir subur ialah 28- 11=17, iaitu pada hari ke 17 dalam kitaran haidnya.
  • Katakan haid pertama pada 1hb Januari, maka waktu suburnya ialah pada 10-17hb Januari dan waktu tidak subur adalah selainnya.
Test Kit Result Negatif Tidak Mengandung

Test Kit Result Negatif Tidak Mengandung (1 line)

Test Kit Result Positif Mengandung

Test Kit Result Positif Mengandung (2 Line)


Carian Berkaitan

cara elak mengandung selepas bersama, cara elak hamil, cara elak mengandung, cara kira waktu subur untuk elak hamil

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara elak hamil secara semulajadi #cara elak mengandung selepas bersama #panduan elak mengandung selepas bersetubuh #petua elak hamil

Adakah Warna Mempengaruhi Mood Seseorang?
Betulkah warna boleh mempengaruhi mood manusia? Jawapannya betul, kajian mendapati warna bukan sahaja
Cara Merawat Senggugut Yang Berkesan
Senggugut atau istilah perubatannya dismenorea adalah merujuk kepada kesakitan yang dialami oleh kaum wanita
Memilih Posisi Tidur Yang Betul Untuk Kesihatan & Kecantikan
Tahukah anda, posisi tidur memainkan peranan yang penting dalam kesihatan dan kecantikan kita?
Petua Mengatasi Masalah Berdengkur
Ish, rimasnya dengar dia berdengkur! Mungkin itu yang terdetik dalam hati anda apabila

Leave a reply "Cara Berkesan Elak Mengandung Selepas Bersama"