Cara Memasak Nasi Goreng Biasa (Simple dan Cepat)

Nasi Goreng Biasa (Simple Dan Mudah Dimasak)

Nasi Goreng Biasa merupakan menu nasi goreng yang paling ‘basic’ sekali. Disebabkan terlalu simple, ada yang panggilnya sebagai nasi goreng kicap. Jika anda biasa ke gerai masakan panas, anda akan dapati menu paling murah bagi nasi goreng adalah nasi goreng biasa. Di Malaysia, nasi goreng biasa kini berharga sekitar RM4.00-RM5.00 sepinggan.

Untuk memasak nasi goreng biasa tidaklah terlalu sukar. Sekadar campak-campak bahan dah siap! Memanglah senang jika semua bahan sudah disediakan, namun bagi mereka yang memasak sekali sekala saja mungkin akan memakan sedikit masa. Tapi percayalah, untuk memasak nasi goreng ini tak perlu guna banyak masa dan tenaga. Memang sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk dan tiada masa tetapi tetap mahukan masakan yang sedap, panas dan fresh!

Resepi Nasi Goreng Biasa Ala Kedai

Bahan-bahan Utama
  • 1 mangkuk nasi siap dimasak
  • 2 pokok sawi – dibersihkan dan dipotong 1 inci
  • Sedikit kobis – dibersihkan dan dipotong nipis
  • 2 biji telur
  • 2 sudu cili kering kisar
  • 1 sudu kicap lemak masin
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit minyak masak
Bahan Tumbuk
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu makan ikan bilis

Cara Memasak Nasi Goreng Biasa

  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
  2. Tumis semua bahan tumbuk dan cili kisar.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa kemudian tumis hingga pecah minyak dan agak garing. Maksud tumis hingga pecah minyak adalah tumisan cili adalah berwarna agak gelap dan minyak tumisan terlihat memercik-mercik di dalam kuali.
  4. Seterusnya masukkan sayur-sayuran kobis dan sawi. Gaul rata sehingga kobis menjadi agak layu.
  5. Masukkan nasi yang telah sejuk dan gaul sekata.
  6. Masukkan sedikit kicap dan gaul lagi.
  7. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yang tiada nasi.
  8. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.
  9. Gaul telur dengan nasi goreng sehingga rata.
  10. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
  11. Tutup api dan nasi goreng biasa siap untuk dihidangkan.

Untuk lebih sedap lagi, hidangkan bersama telur mata yang telah dimasak berasingan. Selamat mencuba!

Kalau sedap boleh share. Semoga hidangan ekspress ini bermanfaat buat semua.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #nasi goreng kicap

Resepi Roti Jala Yang Terbukti Sedap dan Tahan Lama
Roti Jala adalah masakan yang versatile dan menjadi kegemaran ramai terutamanya rakyat Malaysia,
Cara Memasak Kangkung Paling Mudah dan Sedap
Masakan kangkung merupakan antara menu yang popular di gerai dan restoran makanan panas. Ia
Resepi Nasi Ayam Paling Sedap Ala Chicken Rice Shop
Nasi ayam merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Menu ini sangat versatile, simple
Etika Pemakanan di 5 Negara Asia
Merancang untuk bercuti ke negara Asia? Ini etika pemakanannya! Asia ialah benua yang

Leave a reply "Cara Memasak Nasi Goreng Biasa (Simple dan Cepat)"