Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Yang Mudah Dan Ringkas

Writing Letter On Computer

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah. Mungkin ada ibubapa ataupun penjaga tidak tahu bagaimana untuk menulis surat rasmi memohon cuti dan memberitahu pihak sekolah jika anak mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Bagaimanakah format surat rasmi itu dan apakah isi kandungan yang patut mereka tulis di dalamnya?

 

Contoh Format Surat Rasmi Anak Tidak Hadir Ke Sekolah

Berikut adalah contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah yang boleh dijadikan panduan. Jika anak anda tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab kesihatan, sila kepilkan surat rasmi ini bersama-sama Sijil Cuti Sakit (Surat MC) yang telah diperolehi daripada klinik atau hospital.

Alea Dalili Binti Mohd Khairil Azhan
Blok A 08-01, Kondominium Saujana Aster,
62300 Presint 11,
WP Putrajaya
_____________________________________________________________

Guru Kelas 2 Merah,
SMK Presint 11(1),
Presint 11,
62300 Presint 11,
WP Putrajaya                                                                                                                                   21 Oktober 2016

 

Tuan/Puan,

 

PERKARA: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, saya Mohd Khairil Azhan Bin Zakaria, bapa kepada Alea Dalili ingin menjelaskan sebab anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 19/10/2016 (Rabu).

2. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan mengalami demam panas setelah pulang dari sekolah pada 18/10/2016.

3. Saya telah membawa anak saya ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan berikutan demam yang berlanjutan. Bersama-sama ini, saya sertakan sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti.

Semoga perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya dari pihak Tuan/Puan.
 
Sekian terima kasih.

  
Yang Benar,
–tandatangan ibubapa/penjaga–
(Mohd Khairil Azhan Bin Zakaria)


Carian Berkaitan

surat tidak hadir ke sekolah, contoh surat tidak hadir ke sekolah, surat rasmi tidak hadir ke sekolah, contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #contoh surat sebab tak hadir ke sekolah #surat rasmi tak datang sekolah

10 Tips Mendidik Anak Suka Membaca
1. Berikan anak anda kuasa memilih Rancang suatu tarikh dan masa yang paling
Ciri-ciri Remaja Cemerlang – Adakah Cukup Sekadar Sijil Akademik?
Sijil akademik memang penting. Namun begitu adakah ia lebih penting daripada sijil kemahiran? Katakanlah
Senarai Semak Keperluan Sikap Menjelang Sesi Persekolahan Baru
Musim persekolahan menjelang lagi. Ibu bapa paling banyak mengeluh dan sedang pening memikirkan
Cara Semakan SAPS Ibu Bapa (Sistem Analisis Peperiksaan)
Sistem Analisis Peperiksaan (Ibu Bapa) atau singkatannya SAPS adalah sistem maklumat laman web peringkat
  1. author

    Cikgu Panduan2 weeks ago

    Panduan menulis surat ini amat berguna kepada semua. Baik kepada pelajar malah penjaga mereka untuk mengarang surat rasmi.

    Diharap dapat lagi menulis lebih lagi info yang berkaitan

    Reply
  2. author

    edwin2 weeks ago

    panduan surat ini banyak membantu saya. terima kasih

    Reply

Leave a reply "Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Yang Mudah Dan Ringkas"