Drama Mimpi Sabrina (TV3)

Mimpi Sabrina TV3

Drama Mimpi Sabrina ditayangkan menerusi Slot Samarinda TV3. Drama ini dibintangi oleh Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson dan diarahkan oleh Nizam Zakaria. Ia diterbitkan oleh produksi Radius One Sdn Bhd dan mula ditayangkan pada 11 Julai 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Info Drama Mimpi Sabrina

  • Jumlah Episod: 20 episod
  • Mula Tayangan: 11 Julai 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10.00 malam
  • Stesen TV: Slot Samarinda TV3
  • Pengarah: Nizam Zakaria
  • Produksi: Radius One Sdn Bhd
  • Pelakon: Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla, Marisa Yasmin, Amy Mastura, Roy Azman, Jelita Murni, Hamidah Waahab, Ikhram Juhari, Puteri Khareeza, Ilman Saldi, Hasmira Azmi, Atiq Azman, Farah Zanordin, Fadly Fuad

Watak Pelakon Drama Mimpi Sabrina

  • Che Puan Juliana Evans sebagai Sabrina
  • Erwin Dawson sebagai Fahrin
  • Josiah Hogan sebagai Ridzuan
  • Tasha Shilla sebagai Farah
  • Marisa Yasmin sebagai Alisa Liyana
  • Ako Mustapha sebagai Ibrahim
  • Amy Mastura sebagai Kak Sue
  • Roy Azman sebagai Mustafa
  • Hamidah Waahab sebagai Che Salmah
  • Ikhram Juhari sebagai Amat
  • Puteri Khareeza sebagai Cat
  • Ilman Saldi sebagai Lan

Sinopsis Drama Mimpi Sabrina

Mengisahkan percintaan antara dua darjat di antara Sabrina (Juliana Evans), anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin (Erwin Dawson), seorang budak kampung. Cinta mereka terputus dipertengahan jalan setelah Fahrin difitnah dan dipenjarakan atas tuduhan merompak iaitu kesalahan yang dia tidak lakukan.

Demi menyelamatkan perniagaan ayahnya, Sabrina dinikahkan dengan Ridzuan (Josiah Hogan), anak angkat kepada bapa saudaranya. Tujuh tahun telah berlalu, cinta yang berkubur itu mekar semula apabila tanpa disengajakan, Fahrin dan Sabrina bertemu semula dalam suasana yang cukup berbeza. Adakah Sabrina akan kembali menjalin kasih bersama Fahrin dan terus melupakan Ridzuan?


Carian Berkaitan
mimpi sabrina tv3, drama mimpi sabrina, sinopsis mim

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Biodata Nasz Sally, Pelakon Drama Sweet Dreams
Siapa Nasz Sally? Nasz Sally atau nama penuhnya Nazurah Hanoom Hanafie adalah seorang
Filem Dendam Pontianak (2019)
Dendam Pontianak adalah filem seram terbaharu lakonan pelakon cantik Fazura dan Remy Ishak.
Biodata Ira Kazar, Anak Kepada Pelakon Kazar
Siapa Ira Kazar? Gadis cantik ini adalah anak perempuan kepada pelakon veteran, Kazar.
Biodata Mimi Ernida, Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa
Siapa Mimi Ernida? Nama beliau mula mendapat perhatian peminat apabila membintangi filem aksi

Leave a reply "Drama Mimpi Sabrina (TV3)"