Rekebentuk Proton Saga 2016 Baharu Terbongkar


Sepertimana yang tersebar di media-media sosial, kami juga turut menerima beberapa keping gambar yang menunjuk rupa sebenar Proton Saga 2016 Baharu yang bakal dilancarkan pada September 2016. Ia bakal menjadi saingan sengit kepada pasaran kereta sedan bajet yang turut menempatkan Perodua Bezza yang baru saja dilancarkan pertengahan tahun ini.

Gambar Proton Saga 2016 yang berjaya dirakamkan ini adalah sangat jelas yang mana ia memaparkan design kereta tanpa sebarang camouflage. Secara keseluruhannya, kami berpendapat rekaannya adalah sangat menarik walaupun menggunakan platform Saga sedia ada.

Bahagian hadapan Proton Saga 2016 ini menunjukkan rekaan yang lebih matang, lebih aerodinamik dan tidak bersegi seperti Proton Saga FLX. Walaupun lampu hadapan seakan menyambung kesinambungan FLX, tetapi ia direka dengan lebih kemas.

Dari pandangan belakang pula, ia boleh dikatakan mirip bahagian belakang Honda City. Saiz lampu belakang pula agak seimbang untuk saiz badan serta turut dilengkapi dengan lampu pada bumper belakang seperti Exora Bold facelift.

Rekaan Depan Saga 2016

Rekaan Belakang Saga 2016

Sumber Gambar: Funtasticko

Terdapat varian yang akan dilengkapi bodykit yang akan menambahkan lagi ciri-ciri sporty. Dikhabarkan Proton Saga 2016 baru bakal dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri menarik antaranya terdapat sistem Eco, Hot Press Forming (struktur badan yang kuat), ESC dan CLU SYSTEM.

Walaupun ada banyak lagi ciri-ciri menarik yang belum dinyatakan, harga yang ditawarkan dianggarkan berharga sekitar RM30K hingga RM45K sepadan dengan kehendak segmen A di negara kita. Proton Saga 2016 akan dijanakan oleh enjin Campro 1.3 VVT dengan padanan kotak gear CVT.

Berikut adalah fakta menarik tentang Proton Saga 2016 yang dapat kami kumpul setakat ini. Maklumat di bawah mungkin akan sedikit berbeza apabila kereta tersebut dilancarkan kelak. Semuanya tertakluk kepada keputusan pengurusan Proton sendiris.

Fakta Menarik Tentang Proton Saga 2016

  • Enjin: 1.3 liter VVT
  • Transmisi: Manual dan CVT
  • Varian: Standard, Executive, Premium
  • Ciri ciri keselamatan: Dua beg udara, Kawalan Kestabilan (ESC), Bantuan Brek (BA), Kawalan Cengkaman (TCS), Brek Anti-kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Mendaki (HHA)
  • Keluasan but: 430 liter
  • Kemasan dalaman: Satu tona warna sahaja (hitam), kemasan fabrik untuk semua varian
  • Saiz rim: 14 inci
  • Pilihan Warna: Quartz Black, Fluorite Grey (warna baharu), Fire Red, Topaz Blue (warna baharu), Solid White dan Genetic Silver
  • Anggaran harga: RM33k – RM45k
  • Jangkaan tarikh pelancaran: 15hb September 2016

Gambar Spyshot Proton Saga 2016

Proton Saga 2016 Bahagian Belakang

Proton Saga 2016 Warna Putih

Spyshot Proton Saga 2016 Bahagian Depan

Proton Saga 2016 Gambar Jelas


Carian Berkaitan

saga baru 2017, proton saga 2017, proton saga baru 2017, proton saga baharu

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #Proton Saga 2016 #Proton Saga 2017 #Proton Saga Baru

Panduan Lengkap Cara Buat Duit Dengan Uber
Perkhidmatan Uber kini menjadi satu fenomena baru dalam sistem pengangkutan di bandar-bandar besar
Proton Wira Mendahului Carta Kereta Paling Banyak Dicuri
Laporan terkini yang dikeluarkan oleh General Insurance Association of Malaysia (PIAM) menunjukkan secara
Honda Civic FC 2016 Generasi Ke-10 Yang Sungguh Mengujakan
Seperti yang sedia maklum, Honda adalah satu jenama besar dalam industri automotif dan
Kereta Sport Mewah Lamborghini Milik Datuk Seri Vida
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa tepat yang

Leave a reply "Rekebentuk Proton Saga 2016 Baharu Terbongkar"