Kematian Mengejutkan Penggusti Wanita, Chyna


Joan Marie Laurer atau lebih dikenali sebagai Chyna adalah seorang penggusti WWE wanita berbadan sasa (dikenali sebagai WWF pada waktu itu). Kariernya bermula pada tahun 1997 hingga 2001 yang mana dia dikenali sebagai diva WWE dan pengawal Triple H pada ketika itu. Kelibatnya seringkali dinanti-nantikan oleh penggemar gusti kerana dialah penggusti wanita WWE pertama yang berani melawan penggusti lelaki. Bahkan Chyna WWE juga adalah wanita pertama yang memasuki Royal Rumble serta pernah memenangi Kejuaraan Intercontinental sebanyak dua kali dan kejuaraan perempuan sekali.

Beliau juga terkenal dengan beberapa kontroversi dan diakhir kerjayanya bersama WWE, Chyna dan Triple H telah bergaduh dengan Stephanie McMahon, anak perempuan kepada pemilik WWE, Vince McMahon yang membawa kepada keputusan beliau meninggalkan arena gusti profesional.

Di samping itu, Chyna juga sering diundang ke rancangan-rancangan TV dan talk show seperti The Howard Stern Show dan pernah membintangi beberapa filem dewasa. Chyna juga pernah menetap di Jepun dan mengajar bahasa Inggeris di sana.

Namun pada tanggal 20 April 2016, Chyna ditemui mati

di rumahnya di Pantai Redondo, California pada usia 45 tahun. Punca kematiaannya disebabkan pengambilan ubat untuk kebimbangan (anxiety) dan insomnia. Berita sedih kematiannya telah disahkan melalui satu kenyataan yang diposkan di akaun Twitter dan Facebook beliau.

“Dengan rasa sedih yang mendalam, dimaklumkan kepada anda hari ini bahawa kita telah kehilangan ikon dan seorang wira kehidupan yang sebenar. Joanie Laurer aka Chyna, telah meninggal dunia. Dia akan selama-lamanya terus menjadi kenangan dalam hati jutaaan peminat dan kita semua yang menyayanginya” tulis posting tersebut.

Bagi peminat-peminat setia Chyna yang masih merindui beliau, bolehlah ke laman web rasmi beliau The Real Chyna.

WWE Logo Live Action


Carian Berkaitan

wwe gusti wanita, ahli gusti wanita, penggusti terkenal yang telah meninggal dunia, ahli gusti diva

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #ahli gusti wanita mati #chyna mati #gusti wanita #gusti wanita chyna

Biodata Faiz Subri, Penerima Anugerah Puskas FIFA 2016
Tanggal 9 Januari 2017, nama Malaysia sekali lagi mengharum di mata dunia apabila
Pemain Bolasepak Terbaik Dunia Di Posisi Penyerang 2016
Pemain Bolasepak Terbaik Dunia Di Posisi Penyerang 2016. Posisi serangan atau dipanggil attacker
Biodata Paul Pogba, Pemain Bolasepak Termahal Dunia
Paul Pogba adalah seorang pemain bola sepak professional yang kini bermain untuk kelab
Khairul Hafiz Jantan Adalah Usain Bolt Malaysia
Nama Khairul Hafiz Jantan tiba-tiba melonjak naik selepas memecahkan rekod acara pecut 100m di Sukma

Leave a reply "Kematian Mengejutkan Penggusti Wanita, Chyna"