Profile Datuk Muhammad Ibrahim, Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru


Datuk Muhammad Ibrahim secara rasminya telah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat tempoh perkhidmatannya. Beliau secara rasmi akan menjawat jawatan gabenor ke-8 itu bermula 1 Mei 2016 untuk tempoh lima tahun.

Biodata Datuk Muhammad Ibrahim, Gabenor Bank Negara

  • Nama Penuh: Datuk Muhammad Ibrahim
  • Gelaran / Panggilan: Datuk MI
  • Umur: 56 tahun (Tahun 2016)
  • Jawatan Terkini: Gabenor Bank Negara Kelapan mulai 1 Mei 2016
  • Jawatan Sebelum: Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 2010
  • Anak: 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan
  • Hobi: Membaca dan pencinta seni

Datuk Muhammad Ibrahim, Gabenor Bank Negara Malaysia

Pendidikan

  • Sarjana daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  • Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya
  • Diploma Lanjutan Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Profile Perkhidmatan

  • Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan
  • Ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Ahli panel Dana Amanah Nasional
  • Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
  • Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa
  • Felow Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asian

Fakta Menarik Tentang Datuk Muhammad Ibrahim

  • Beliau mula berkhidmat di Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 1984.
  • Beliau dilantik ke jawatan Gabenor selepas 32 tahun berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia dalam pelbagai bahagian termasuklah peraturan dan pemantauan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan pesisir dan perbendaharaan serta pasaran kewangan.
  • Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Dasar dan Kestabilan Kewangan Bank Negara yang bertanggung jawab dalam pembangunan pasaran kewangan dan operasi Perbendaharaan termasuk tukaran matawang asing dan pengurusan rizab bank pusat.
  • Beliau juga merupakan individu yang bertanggung jawab dalam memacu agenda Malaysia ke arah migrasi kepada pembayaran secara elektronik atau e-Payments.
  • Di samping itu, beliau terlibat secara aktif dalam usaha secara kolaboratif dengan bank pusat serantau untuk membangunkan platform penyelesaian bayaran pelbagai matawang bagi melanjutkan rangkaian dalam transaksi merentasi sempadan dalam perdagangan dan pelaburan.

Carian Berkaitan

nama penuh gabenor bank negara malaysia, biodata gabenor bank negara 2016, asal usul gabenor bank negara malaysia, biodata gabenor bank negara

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #biodata gabenor

Senarai Bantuan Badan Kerajaan Untuk Ibu Tunggal & Bapa Tunggal
Dalam hidup ini, kadang kala anda melalui kepahitan yang membuatkan anda rasa buntu.
Cara Semak Baki AEON Kredit
Ramai yang bertanya tentang bagaimana cara untuk menyemak baki pinjaman AEON Credit. Sebenarnya
Panduan Lengkap Cara Buat Duit Dengan Uber
Perkhidmatan Uber kini menjadi satu fenomena baru dalam sistem pengangkutan di bandar-bandar besar
Cara Mengira Zakat Emas di Malaysia
Zakat adalah salah satu dari rukun Islam. Ia membawa pengertian bersih dan suci

Leave a reply "Profile Datuk Muhammad Ibrahim, Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru"