Proton Wira Mendahului Carta Kereta Paling Banyak Dicuri

Gambar Curi Kereta

Laporan terkini yang dikeluarkan oleh General Insurance Association of Malaysia (PIAM) menunjukkan secara purata sebanyak 60 buah kenderaan dicuri di Malaysia setiap hari. Data yang dikeluarkan oleh PIAM juga menunjukkan sebanyak 11,796 buah kenderaan dicuri bermula dari Januari sehingga Jun 2016. Walaupun jumlah itu adalah lebih rendah berbanding 12,412 buah kenderaan dicuri dalam tempoh yang sama pada tahun 2015, ia masih berada di paras yang membimbangkan. Pemantauan dan usaha yang lebih perlu dilakukan untuk terus membendung gejala curi kereta ini.

Data Kecurian Kenderaan Oleh Piam Bagi Tahun 2015 Dan 2016

Menurut laporan tersebut juga, kenderaan yang paling banyak dicuri ialah Proton Wira, Toyota Hilux dan Proton Iswara.

Statistik Kereta Paling Banyak Dicuri 2015

  • Proton Wira (1,214)
  • Toyota Hilux (595)
  • Proton Iswara (552)
  • Perodua Kancil (550)
  • Proton Waja (538)
  • Perodua Myvi (379)
  • Proton Saga (318)
  • Proton Satria (238)
  • Nissan Vanette (208)
  • Honda Civic (200)

Statistik Kereta Paling Banyak Dicuri 2014

  • Proton Wira (1,268)
  • Toyota Hilux (762)
  • Proton Iswara (717)
  • Proton Waja (694)
  • Perodua Kancil (638)
  • Perodua Myvi (477)
  • Proton Saga (414)
  • Proton Satria (273)
  • Toyota Vios (252)
  • Proton Perdana (243)

Statistik Kecurian Kereta 2014 Dan 2015

Pengguna diingatkan agar lebih berhati-hati dengan kenderaan milik mereka dan disarankan agar memasang peranti tambahan sebagai salah satu cara mencegah kecurian kenderaan. Langkah keselamatan lain yang boleh diambil ialah jangan meletakkan kenderaan di tempat yang terasing serta jangan lupa mengunci kenderaan apabila ditinggalkan.

Sumber:Ā General Insurance Association of Malaysia (PIAM)


Carian Berkaitan

foto Aiman Tino selengkapnya sendirian, statistik kecurian kereta di malaysia, cara melukis kereta kancil, cara nak lukis kereta toyota supra

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #curi kereta di malaysia #kereta curi dijual #statistik kecurian kereta di malaysia #statistik kehilangan kereta

Panduan Lengkap Cara Buat Duit Dengan Uber
Perkhidmatan Uber kini menjadi satu fenomena baru dalam sistem pengangkutan di bandar-bandar besar
Honda Civic FC 2016 Generasi Ke-10 Yang Sungguh Mengujakan
Seperti yang sedia maklum, Honda adalah satu jenama besar dalam industri automotif dan
Kereta Sport Mewah Lamborghini Milik Datuk Seri Vida
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa tepat yang
JPJ Untung RM22Juta Jual Nombor Plat Siri ‘V’
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti mendapat durian runtuh selepas ia mendedahkan bahawa ia

Leave a reply "Proton Wira Mendahului Carta Kereta Paling Banyak Dicuri"