Ramalan Trend Fesyen 2017

Latest Fesyen Closet

Salam sejahtera. Tahun baru ini membawa trend pakaian yang lain untuk semua peminat fesyen yang ingin kekal bergaya mengikut aliran semasa. Jika anda merupakan salah seorang daripada mereka, mari ikuti ramalan trend fesyen yang akan menjadi ikutan pada tahun 2017.

 

Fesyen Pakaian Jalur

Jalur

Mengikut sumber, seorang pengarah fesyen jenama terkemuka, trend pakaian berjalur atau stripes ini dikatakan sama sifatnya dengan t-shirt putih yang boleh dipakai tidak kira masa. Menurut beliau, trend ini sudah lama dipakai walaupun musim berganti dan akan tetap trendy.


Kasut Sneakers

Sneakers

Siapa yang tidak memiliki setidak-tidaknya sepasang kasut sneakers? Sifatnya yang sangat versatile membuatkan ia sesuatu yang wajib untuk dimiliki setiap orang. Trend sneakers bercorak harimau bintang dan glitter diramalkan menjadi hit tahun 2017 ini.


Print artistik

Print Artistik

Seorang lagi pengarah fesyen terkemuka memberitahu bahawa trend print artistik yang diinspirasikan daripada karya seseorang artis akan dibawa kepada semua peminat fesyen pada tahun ini. Hal ini kerana beliau melihat trend tersebut di pentas-pentas runway yang beliau hadiri.


Athleisure, elegan dan santai

Elegan Dan Santai

Dengan kesedaran tentang pentingnya kecergasan untuk kesihatan badan, ianya telah menjadi gaya hidup bagi orang ramai dan mereka mula mencari pakaian yang seakan-akan pakaian sukan namun lebih elegan untuk dipakai hari-hari. Oleh sebab itu pereka fesyen akan terus mengeluarkan pakaian harian yang diinspirasikan daripada pakain sukan untuk mereka yang ingin kelihatan elegan tetapi santai.


Kasut mule

Kasut Mule

Kasut mule, iaitu kasut yang tertutup di bahagian depan tetapi terbuka di bahagian belakang adalah sangat trendy untuk 2017 ini.  Anda boleh memilih kasut mule anda sendiri tidak kiralah yang bertumit atau pun tidak bertumit dalam semua jenis fabrik dan warna untuk digayakan.


Fesyen pakaian merah jambu

Fesyen Merah Jambu

Tahun lalu kita menyaksikan warna kulit menjadi fenomena namun tahun ini warna itu akan digantikan dengan warna merah jambu kerana jenama-jenama mewah di dunia seperti Valentino, Balenciaga, Marc Jacobs, Céline, Givenchy, Bottega Veneta menghasilkan pakaian mereka dalam pelbagai tona merah jambu.

 

Beg tangan mini

Beg Tangan Mini

Tahun ini, lupakan beg tangan anda yang besar gedabak itu kerana beg tangan yang harus anda gunakan ialah yang bersaiz mini, cukup untuk mengisi telefon bimbit dan beberapa kad anda. Walau bagaimanapun, bagi anda yang perlu membawa lebih banyak barang, anda boleh menggayakan beg tangan novelty yang trendy dan lebih menyeronokkon.


Fesyen pilihan anda?

Tidak sabar rasanya untuk membeli-belah  selepas mengetahui trend-trend ini bukan? Jangan terburu-buru ketika membeli, pastikan sesuatu pakaian itu sesuai dengan kewangan anda dan selesa dipakai kerana yang paling penting adalah anda selesa memakainya dan orang lain pun selesa melihat anda!


Carian Berkaitan

fesyen 2017, trend kasut 2017, fesyen kasut terkini 2017, warna dan fesyen 2017

Leen

Bekas jurukecantikan yang aktif menulis.

More Posts


Artikel Berkaitan

Cara Menghilangkan Sembab Pada Wajah
Bangun pagi, pasti muka akan kelihatan sembab bukan? Ingatkan sudah dapat beauty sleep,
Tips Mudah Penjagaan Kaki
Penjagaan kaki mungkin tidak sepopular penjagaan wajah, namun ia sama penting malah mungkin
Cara Kelihatan Segar Walaupun Tidak Cukup Tidur
Hujung minggu sudah pun tamat dan anda kembali untuk menjalani minggu yang baru.
Cara Bersolek Ke Pejabat dan Kuliah
Tahukah anda, bahawa solekan juga ada etikanya? Tidak boleh sembarangan saja bersolek ke

Leave a reply "Ramalan Trend Fesyen 2017"