Resepi Daging Goreng Berempah

Daging Goreng Berempah

Daging goreng sememangnya antara menu makanan yang sedap jika dimakan begitu saja dengan nasi putih. Tambahan pula dapat daging yang lembut dan tidak liat. Jom cuba Resepi Daging Goreng Berempah di bawah. Mana tahu kena dengan selera anda!

Bahan-bahan Resepi Daging Goreng Berempah

Bahan Utama

  • 500 gram daging lembu, dipotong nipis dan lebar
  • 3 helai daun limau purut (dibuang tulang)
  • 2 helai daun salam (bay leaf)
  • 2 cm lengkuas (diketuk)
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula merah (dikikis halus)
  • 1500 ml santan (daripada 1/2 biji kelapa)
  • 1 sudu makan air asam (daripada campuran 1 sudu kecil asam jawa dan 2 sudu makan air)
  • 2 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cili merah
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 2 cm halia
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah

Cara Memasak Daging Goreng Berempah

  1. Rebus santan, bahan kisar, daun limau purut, daun salam dan lengkuas sehingga timbul bau.
  2. Masukkan kesemua daging dan kacau sehingga berubah warna.
  3. Masukkan garam, gula merah dan air asam kemudian masak sehingga daging menjadi lembut dan rempah menyerap pada daging.
  4. Toskan air.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam kuali dan goreng daging hingga warna bertukar kecoklatan.
  6. Daging goreng berempah siap untuk dinikmati.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #aneka masakan daging #daging goreng berempah #resepi daging

Apa Itu Ovalette?
Apa Itu Ovalette? Nama panggilan lain bagi Ovalette (atau ada juga yang mengeja
Resepi Apam Strawberry
Bahan Untuk Resepi Apam Strawberry 2 biji telur 1 cawan gula 1 sudu
Resepi Sekaya atau Seri Kaya
Seri Kaya atau Sekaya adalah makanan yang manis dan sedap. Ia sangat sesuai
Resepi Bubur Jagung Paling Mudah
Untuk ruangan masakan, kali ini kita akan lihat  resepi pemanis mulut iaitu Resepi Bubur