Tips Kekal Segar dan Selesa Ketika Cuaca Panas

Cuaca Panas Perempuan Minum Air

Negara Malaysia memang terkenal dengan cuacanya yang panas sehingga ada mereka yang sanggup tidak keluar rumah!

Namun, ramai di antara kita yang masih perlu keluar rumah untuk menguruskan hal-hal seharian. Tidak kiralah sama ada anda perlu keluar setiap hari atau sekali sekala, ini dia tips untuk kekal segar dan selesa apabila berpanas.

1. Tepung jagung
Tidak seperti bedak talkum yang boleh menyebabkan masalah kesihatan, tepung jagung lebih semula jadi dan bersifat lebih menyerap peluh. Gunakannya pada bahagian badan yang mudah berpeluh dan mudah bergesel agar bahagain tersebut kekal kering dan selesa.

2. Vanishing cream
Tidak pernah dengar vanishing cream? Vanishing cream adalah krim muka untuk kulit yang mempunyai masalah berminyak dan jerawat. Menariknya, ia boleh digunakan walaupun anda tidak mempunyai sebarang masalah kulit. Krim ini berbeza dengan pelembap muka biasa kerana ia menyerap minyak dan peluh jadi kulit anda tetap segar di bawah cahaya matahari. Selain itu, kulit anda juga akan terasa seperti baldu apabila memakai vanishing cream.

3. Sapu tangan kapas
Berpeluh di kepala? Sapu tangan 100% daripada kapas akan menyerap peluh dengan terbaik tanpa membuat iritasi kulit. Anda juga boleh menggunakan tisu muka untuk tujuan yang sama. Ingat, tekup sahaja peluh anda itu. Jangan ‘sapu’ peluh anda ke bahagian lain kerana ia tidak hygienic.

4. Mist spray
Jika cuaca tersangat panas dan anda mula berasa rimas, segarkan diri dengan menyemburkan cooling mist spray ke seluruh muka dan leher. Ia akan menurunkan suhu kulit dengan segera dan membuatkan anda kembali selesa. Ingat, tekup dulu peluh anda sebelum menggunakan sebarang produk. Tips: buat sendiri cooling mist spray anda di dalam botol penyembur menggunakan air bertapis dicampur penyegar wajah (facial toner). Untuk sekali kegunaan sahaja ya.

5. Rendaman kaki
Sebaik sahaja pulang ke rumah, sejukkan seluruh badan anda segera dengan rendaman kaki. Isi air bersama ketulan ais ke dalam besen dan rendamkan kaki anda sambil menenangkan diri.

Selamat mencuba!

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
5 Koleksi Pakaian Hari Raya Milik Artis Malaysia
Sebelum kedatangan Ramadhan lagi, ramai selebriti popular tanah air melancarkan koleksi pakaian atau
Biodata Datuk Zainuri Mohd Zain, Pengasas Nuriz Kosmetik
Biodata Pengasas Nuriz Kosmetik Nama penuh: Datuk Zainuri Mohd Zain Nama gelaran: Datuk Nuriz
Biodata Datuk Faroz, Pemilik Gedung Tekstil Terkemuka Jakel
Biodata Datuk Faroz Jakel | Siapa yang tidak mengenali usahawan hebat tempatan bernama
Biodata Datin Ira Ghani, Pengasas Aura Seri
Biodata Datin Ira Ghani Nama Sebenar: Datin Nor Zaina Abd Ghani Nama Komersil: Datin

Leave a reply "Tips Kekal Segar dan Selesa Ketika Cuaca Panas"