Tips Mudah Penjagaan Kaki

Pedicure

Penjagaan kaki mungkin tidak sepopular penjagaan wajah, namun ia sama penting malah mungkin lebih penting bagi seseorang. Bayangkan sepasang kaki anda yang menanggung seluruh badan untuk berdiri dan bergerak ke sana sini, terperangkap di dalam kasut dan stoking untuk masa yang lama. Mustahil untuk anda mengabaikannya bukan? Ada pelbagai masalah yang boleh terjadi jika anda mengabaikan penjagaan kaki setiap hari seperti kulit kasar, melecet, kalus, ketuat dan jangkitan kulat atau bakteria.

Tidak sukar untuk menjaga anggota badan anda yang satu ini. Cuma kerana ia berada di bahagian bawah dan kurang menjadi tumpuan, kerana itulah anda terlepas pandang. Ikuti panduan berikut yang disediakan khas untuk anda.

Cara Menjaga Kaki

Pertama sekali, sentiasa pastikan kebersihan kaki dan kasut anda. Semasa mandi, pastikan anda membilas sehingga tiada sisa sabun yang tertinggal di celah-celah jari dan kuku. Sebelum menyarungkan kasut, pastikan kaki anda betul-betul kering dahulu.

Kedua, pilihlah kasut yang bersesuaian dengan saiz kaki dan aktiviti anda. Kita semua tahu bentuk kaki setiap orang adalah berbeza. Ada sesetengah bentuk kasut seperti flats yang tirus di hadapan tidak sesuai dipakai oleh mereka yang berkaki lebar. Bagi mereka yang banyak berdiri berbanding duduk, pilihlah kasut yang berkusyen untuk keselesaan anda. Janganlah anda mengorbankan diri semata-mata ingin bergaya dengan kasut yang trendy.

Ketiga, pastikan anda kerap memotong kuku kaki. Kebiasaannya, kuku kaki boleh dipotong setiap 2 minggu. Jika anda mahu, dapatkan pedicure di salon-salon kecantikan yang terdiri daripada rendaman, skrub, memotong dan mengilat kuku serta urutan kaki. Jika ingin buat sendiri di rumah, anda boleh membeli peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan daripada pembekal barangan salon.

Mari kita lihat pula beberapa penyelesaian untuk masalah di bahagian kaki yang biasa dialami seseorang. Bagi menangani kulit kering dan kasar, gunakan losyen khusus yang mengandungi minyak tertentu bagi melembutkan kulit kaki anda.

Kalus iaitu penebalan kulit kering dan kasar pula boleh dibuang dengan alat yang diberi nama pumice stone atau mana-mana alat dengan fungsi yang sama.

Untuk masalah perpeluhan yang serius, dapatkan bedak atau semburan yang boleh mengurangkannya sekaligus mengelakkan bau dan jangkitan.

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM
Baru-baru ini tersebar di media sosial satu jenama kosmestik popular dikatakan mengandungi bahan
Biodata Junaidah Kiting, Pengasas De’Wajah
Biodata Junaidah Kiting, Pengasas De’Wajah Nama Penuh: Junaidah Bt. Kiting Asal: Jelebu, Negeri
Solekan Untuk Wanita Malaysia
Di negara tropika ini, wajarlah bagi anda untuk mengenakan solekan yang sesuai supaya
Tutorial Cara Pakai Kain Pelikat
Cara Memakai Kain Pelikat Yang Betul Nampak macam senang dan simple je pakai