Langgan newsletter kami!
Daging Goreng Berempah

20 Resepi Masakan Daging [Part 2]

Sudahkah anda mencuba 10 resepi daging yang telah saya share di post sebelum ini. Jika belum, boleh rujuk artikel Resepi Masakan Daging [Part 1] di sini. Baik, sekarang jom kita tinjau 10 lagi Resepi Masakan Daging yang sedap dan mudah dimasak.

11) Resepi Daging Masak Kurma

Bahan-bahan
  • 1 kg daging (lembu atau kerbau)
  • 5 sudu besar rempah kurma adabi
  • 5 biji tomato
  • 3 biji cili hijau
  • 5 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar rempah campuran (biji sawi, halba, jintan)
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1/2 – 1 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis
  • secubit garam
Cara Memasak
  1. Basuh daging hingga bersih dan toskan airnya.
  2. Kemudian panaskan minyak di dalam periuk.
  3. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama dengan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rempah campuran.
  4. Masak sehingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan daging dan kacau rata.
  6. Apabila daging sudah mula mengeluarkan air, ketuk halia dan masukkan ke dalam periuk.
  7. Kacau rata.
  8. Bancuh rempah kurma dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk.
  9. Potong kentang dan masukkan.
  10. Kemudian potong besar buah tomato dan cili hijau, juga masukkan ke dalam periuk.
  11. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  12. Kacau sentiasa supaya daging tak melekat di bahagian bawah periuk.
  13. Masukkan pes asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air.
  14. Biarkan daging mendidih, jika masih pekat, masukkan lagi sedikit air.
  15. Perasakan dengan garam.
  16. Sedia untuk dihidang.

12) Resepi Sup Tulang Kaw

Bahan Utama
  • 1 kg tulang – direbus
  • 1 bungkus perencah serbuk sup Adabi
  • 1 bungkus perencah sup tulang Adabi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
Bahan Hiasan
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 sudu makan bawang goreng
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air secukupnya, perencah serbuk sup Adabi dan rempah sup tulang Adabi.
  3. Kacau rata dan didihkan.
  4. Seterusnya masukkan tulang dan perasakan secukupnya.
  5. Biarkan seketika.
  6. Akhir sekali, taburkan dengan bahan hiasan.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

13) Resepi Sup Siam Daging / Tulang

Bahan-bahan
  • 1/2 kg tulang
  • 5 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1/2 inci halia – ditumbuk
  • 1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
  • 1 sudu besar rempah sup serbuk – dikacau bersama sedikit air
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji ubi kentang – dipotong 2
  • 4 biji cili padi – diketuk
  • 1/2 biji bawang besar kuning – dihiris bulat
  • 1 biji perahan air limau nipis
  • 1 biji tomato – dibelah 4
  • 1/2 batang saderi – dihiris
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit garam, gula dan bahan perasa
Cara Memasak
  1. Rebuskan tulang bersama air selama 1 setengah jam sehingga empuk.
  2. Pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.
  3. Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
  4. Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
  5. Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
  6. Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
  7. Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
  8. Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.
  9. Gaul dan sesuaikan rasa.
  10. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
  11. Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

14) Resepi Daging Bakar Black Pepper

Bahan Utama / Perapan
  • 1/2 kg daging lembu (ambil bahagian isi tak berlemak)
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk paprika
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos lada hitam (jenama LIFE)
  • 2 sudu minyak masak
Bahan Sos
  • Lebihan bahan-bahan perapan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar sos lada hitam (jenama LIFE)
  • sedikit air
Cara Memasak
  1. Potong daging dalam anggaran 2 inci tebal, bersih dan toskan airnya.
  2. Gaulkan daging tadi bersama semua bahan-bahan perapan dan simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  3. Panaskan kuali non stick, dengan api perlahan bakar daging tadi sehingga daging empuk dan masak.
  4. Untuk sos pula – Dalam kuali lain, masukkan lebihan bahan-bahan perap tadi bersama butter, sos lada hitam dan sedikit air.
  5. Kacau sos sehingga sos kelihatan berkilat dan pekat.
  6. Daging yang telah ‘direhatkan’ tadi bolehla dipotong nipis dan sedia untuk dihidangkan.

15) Resepi Nasi Daging + Air Asam

Bahan-bahan
  • 5 pot beras Basmathi
  • 1/2 – 1 kg daging – dipotong sebesar genggaman baby
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Campuran minyak sapi dan minyak masak untuk menumis
  • 1 sudu kecil (mambung) tomato soup (atau ganti dengan sikit sos tomato secukup rasa)
  • 4 pot air rebusan daging
  • 1.5 pot susu cair (atau boleh juga diganti dengan santan)
  • Garam/pati kiub ayam secukup rasa
  • Bawang goreng, daun bawang & daun sup (ditabur atas nasi sebelum dihidangkan)
Cara Memasak
  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk.
  3. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  4. Basuh beras dan toskan.
  5. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga di dalam periuk nasi hingga naik bau.
  6. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  7. Masukkan air rebusan daging dan susu cair (mengikut sukatan di atas).
  8. Masukkan daging.
  9. Campurkan tomato soup dan perisakan dengan garam.
  10. Tutup periuk dan masak seperti biasa.
  11. Hidangkan nasi daging, tabur bawang goreng dan daun bawang/daun sup di atasnya.
  12. Sedap dimakan dengan dalca dan air asam.
Resepi Air Asam Utara
  • Bawang besar – dihiris
  • Cili merah – dihiris
  • Tomato – dipotong dadu
  • Sedikit kerisik dan sedikit gula
Cara Buat Air Asam Utara
  1. Sedikit cili merah dan cili api, belacan, air asam jawa, garam (ditumbuk seperti buat sambal belacan)
  2. Campurkan semua bahan ke dalam bahan-bahan yang dihiris / didadu.
  3. Rasakan garam gula dan asamnya. Biar secukup rasa!

16) Resepi Daging Masak Paprik

Bahan-bahan
  • Daging 1/2 kg
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Bawang holand – 1 biji
  • Lobak merah + baby corn + kobis bunga + kacang panjang – potong panjang
  • 3 sudu besar cili kisar/giling
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • daun limau purut
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak
  1. Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan.
  2. Tumis bawang putih dan cili giling sampai naik bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit)
  4. Masukkan lobak merah sehingga empuk dan daun limau purut.
  5. Masukkan daging.
  6. Masukkan baby corn dan kobis bunga.
  7. Masukkan gula dan garam secukupnya.
  8. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang holland.
  9. Kacau sedikit dan angkat.
  10. Siap!

17) Resepi Daging Merah Ala Thai

Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging lembu – direbus sampai empuk
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 labu bawang besar – dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand)
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan
Cara Memasak
  1. Daging yang telah siap direbus, dipotong nipis-nipis.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging sampai kekuningan dan ketepikan.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng sedikit sehingga agak garing kemudian bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yang telah dihiris.
  6. Kacau sebati dan perasakan dengan garam dan gula.
  7. Jika mahu kuah lebih, masukkan sedikit air dan tambah sos tomato.
  8. Angkat dan hidangkan.
  9. Tabur daun ketumbar yang telah dihiris tadi.

18) Resipi Daging Masak Hitam Sarawak

Bahan Utama
  • 1 kg daging – dipotong kecil
  • 100 gm gula merah atau gerek
  • 150 gm kismis hitam
  • 30 gm kerisik
  • Kicap pekat secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 batang serai
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5 cm lengkuas
Bahan Tumis
  • 100 gm rempah kurma
  • 3 biji bawang merah – dihiris
  • 2 biji buah keras – diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
Cara Memasak
  • Perap daging bersama kicap pekat dan gula merah selama 30 minit.
  • Kemudian panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan pula bahan kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
  • Seterusnya masukkan daging perap tadi dan masak sehingga daging empuk.
  • Akhir sekali, masukkan kismis dan kerisik.
  • Gaul rata dan perasakan secukupnya.
  • Masak sehingga kuah pekat.
  • Sedia dihidangkan.

19) Resepi Daging Burger Homemade

Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging lembu cincang
  • 2 sudu besar bawang besar – dicincang halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar lada hitam – dikisar
  • 3/4 sudu bawang putih – dicincang halus
  • 1 sudu mustard
  • 1 cawan serbuk roti
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak
  1. Sediakan daging yang telah dicincang.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah disediakan bersama daging cincang & kacau rata.
  3. Akhir sekali, masukkan garam & sesuaikan ikut citarasa.
  4. Bentukkan daging tadi seperti daging burger.
  5. Bakar di atas pan dengan menggunakan minyak/majerin.
  6. Boleh dihidang bersama roti burger.

20) Resepi Daging Lada Hitam Ala Thai

Bahan-bahan
  • 500 gm daging batang pinang – dihiris dan digoreng separuh masak
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 2 buku bawang besar – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 2 biji bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – diracik
  • 2 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar
  • 3 batang lada hitam yang masih hijau
  • 3 sudu besar cili boh atau cili kisar
  • 3 sudu besar perahan limau nipis
  • 3 buku capsicum – boleh guna warna berlainan bagi tambah menarik
  • 1 helai daun limau purut
Cara Memasak
  1. Tumis cili boh, semua bahan yang telah dikisar dan lada hitam sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan kicap dan perahan limau nipis serta daun limau.
  3. Tumis sehingga sedikit kering, masukkan sedikit air kemudian terus masukkan daging yang telah digoreng separuh masak.
  4. Kacau dan masukkan lada hitam yang masih hijau, capsicum dan sedikit air lagi.
  5. Perasakan dengan garam
  6. Biarkan daging betul-betul masak.
  7. Sedia untuk dihidang.

Setakat ini sahaja 20 resepi daging untuk tatapan pembaca sekelian. Share jika bermanfaat,

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: