Langgan newsletter kami!

Maksud Emolumen

Maksud Emolumen

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, emolumen” bermaksud wang atau bayaran yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan atau gaji.

Dari segi ekonomi, selain daripada faedah yang diterima dalam bentuk wang seperti gaji, emolumen juga merangkumi faedah sampingan seperti kemudahan perubatan yang diberikan kepada buruh untuk perkhidmatannya.

Emolumen Penjawat Awam

Jika diambil dalam konteks sektor awam pula, emolumen penjawat awam bermaksud segala saraan dalam bentuk wang yang dibayar kepada seseorang pegawai dan ia termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan yang lain.

Imbuhan tetap merupakan bayaran yang diberi setiap bulan kepada anggota yang layak antaranya:

  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
    Elaun yang diberikan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pegawai awam. Elaun ini dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 dan setaraf serta Kumpulan Pelaksana termasuklah pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak.
  • Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)
    Ia adalah usaha Kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup penjawat awam. Kadar ITP adalah di antara RM300 hingga RM2,000 mengikut kumpulan gred seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2015.
  • Imbuhan Tetap Keraian (ITK)
    Merupakan elaun yang diberikan untuk menampung peningkatan kos sara hidup dan juga bertujuan memberi imbuhan kepada pegawai- pegawai yang menjawat jawatan strategik dalam perkhidmatan awam.
  • Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Gred Khas (ITJU)
    Merupakan elaun yang diberi oleh kerajaan kepada pegawai yang terlibat sebagai imbuhan galakan. Elaun ini dibayar kepada pegawai dari Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Penentuan Jawatan-jawatan Utama ialah untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti kepimpinan pengurusan dalam sektor awam. Jawatan-jawatan Gred Khas pula ditentu berdasarkan pengiktirafan tahap kepakaran dan pengalaman penyandangnya.

Penjawat awam boleh menyemak emolumen yang diterima melalui Portal e-Penyata Gaji, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Perbezaan Antara Gaji dan Emolumen

Emolumen pada dasarnya adalah manfaat yang diperoleh daripada kerja yang dilaksanakan. Ia adalah keuntungan dari pekerjaan.

Gaji ialah bayaran, ganjaran atau emolumen yang diterima oleh seseorang sebagai balasan untuk kerja dan / atau perkhidmatan yang disediakan. Ia dibayar secara berkala, iaitu lebih dari selang masa tertentu, seperti mingguan, atau lebih kerap, bulanan.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: