Langgan newsletter kami!
Abam Bocey Meninggal

Abam Bocey Meninggal Dunia Secara Mengejut

Pagi ini, Isnin, 10 Februari 2020, dunia hiburan tanahair dikejutkan dengan berita pemergian Abam Bocey. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32 tahun, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan memberitahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut. Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi, pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tiada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Berita pemergian Abam Bocey ini juga telah diumumkan oleh rakannya, Fad Bocey dan Achey di Instagram masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam?kenape tak tunggu aku,aku jauh ni,aku nk peluk cium kauuuuuuuuu

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

 

View this post on Instagram

 

Kenapa awal sangat bam!!!…. mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss…

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Innalillahiwainnailaihirajiuun.. Salam takziah buat keluarga Abam di atas pemergian beliau. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dirahmati, diampuni Allah dan ditempatkan di kalangan orang orang soleh. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: