Langgan newsletter kami!
Poster Ujibakat Telefilem Bisik Bisik TV2

Uji Bakat Pelakon Kanak-kanak Untuk Telefilem “Bisik-Bisik”

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengalu-alukan penyertaan uji bakat untuk telefilem terbaharu arahan Hisyamudin Ahmad bertajuk “Bisik-Bisik”. Ujibakat ini akan diadakan pada masa dan tempat seperti ketetapan di bawah:

  • Tarikh: 17 Februari 2020 (Isnin)
  • Masa: 1.00 hingga 5.30 petang
  • Tempat: Unit Drama TV RTM (UDTV RTM), Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur

Syarat penyertaan untuk ujibakat ini terbuka kepada kanak-kanak (karektor) berumur 5 hingga 10 tahun.

Menurut Hisyam yang juga salah seorang pengarah di UDTV RTM, pemilihan berdasarkan keperluan karekter dalam naskah ini diangkat untuk menonjolkan kisah komuniti anak-anak yatim yang terpaksa berjuang untuk kelangsungan hidup. Telefilem ini bakal disiarkan khas sempena Maal Hijrah bulan Ogos depan dan dijangka siarannya menerusi saluran TV2.

Berminat untuk hadir uji bakat? Di sini ada beberapa tips berguna untuk dikongsikan oleh RTM. Sebelum hadir ke mana-mana sesi uji bakat, anda perlu mengenalpasti dan lakukan perkara ini dahulu:

  • Grooming! (Dandanan)
  • Bakat
  • Hafal skrip/lagu
  • Datang awal dan tepati masa
  • Senyum
  • Sikap

Selamat berjaya!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: