Langgan newsletter kami!
Apa Nak Buat Bila Anak Anak Buat Hal

Apa Nak Buat Bila Anak-anak Buat Hal?

“Budak ni kalau tak buat perangai memang tak sah!”

Nak menguruskan anak-anak kecil yang asyik mengamuk atau buat hal ini bukan sesuatu yang mudah. Ia perlukan kesabaran yang sangat tinggi dari ibu bapa. Kadang-kala kita sebagai ibubapa ini pun tidak tahu kenapa anak kita selalu sangat buat perangai sampai mencabar tahap kesabaran kita. Mungkin juga ada di kalangan kita dah rasa nak give up untuk menguruskan anak-anak yang suka buat hal ini.

Sabar dulu. Mungkin cara yang kita gunakan itu tidak sesuai dengan usia mereka yang masih lagi kanak-kanak seperti nasihat atau leteran. Kita yang dewasa ini pun tidak sukakan leteran inikan pula kanak-kanak yang masih kecil.

Anak Buat Perangai dengan Ibu Bapa

Maka, ini perkara yang boleh ibubapa lakukan apabila anak kita buat perangai.

1. Refleksi Diri

Apabila kita dalam keadaan nak marahkan anak, cuba berhenti sekejap dan fikir adakah anak-anak kita yang sebaya ini masih boleh befikir baik atau buruk tindakan yang dibuat. Sebagai ibubapa juga, kita perlu aware yang anak-anak kita masih berada di fasa aktif yang mana mereka akan meneroka segalanya. Jadi bila anak kita buat perangai, jangan terus marahkan mereka.

2. Sentiasa Ada Untuk Mereka

Sentiasa ada dengan anak-anak bukanlah bermaksud kita kena berkepit 24 jam sampaikan tak boleh nak uruskan hal lain. Tapi, cukuplah dengan memberi fokus kepada diri mereka untuk tempoh waktu tertentu. Mungkin 20 minit atau 30 minit. Duduk berbual dengan mereka dengan cara bertanya apa yang mereka buat dan sebagainya. Berbual dan dengarlah segala luahan hati mereka kerana walaupun ia cuma sekejap tetapi sudah cukup untuk membuat anak-anak merasa yang ibubapa sayangkan dan ambil berat tentang mereka.

Tahu tak? Kadang kala punca yang jadikan anak kita suka sangat mengamuk atau buat hal adalah sebab dia rasa yang diri mereka kurang diberi perhatian. Jadi, luangkanlah masa anda dengan anak walaupun ia singkat.

3. Jangan Cepat Menghukum

Adakalanya, dalam kalangan ibubapa cepat sangat nak marah atau pukul anak bila anak buat silap.

“tak boleh salah sikit”

Contohnya, apabila anak-anak bergaduh sesama sendiri, jangan dipukul anak kita tanpa usul periksa. Tetapi bertanyalah terlebih dahulu apa sebab dia melakukan sebegitu. Mungkin anak-anak kita ada alasan yang tersendiri atas tindakannya.

Tindakan cepat menghukum yang dibuat oleh ibubapa boleh membawa kemudaratan di masa hadapan. Adakalanya, ia akan menimbulkan rasa ibubapa tidak pernah mempercayai diri mereka dan membuatkan mereka menjauh bila semakin dewasa.

Tapi bila anak kita terbukti bersalah, jangan pula dihukum dengan hukuman yang keras yang tak sesuai dengan peringkat umur mereka, cukuplah hukuman itu sekadar untuk mendidik bukan menyakiti.

4. Hormati Mereka

Kita akan jadi marah apabila orang lain tidak menghormati kita, tetapi kadang kala kita lupa yang anak-anak kita juga ada rasa malu walaupun mereka ini cuma budak yang masih kecil. Perkara sebegini sering terjadi di mana kita sebagai ibu bapa suka sangat bercerita negatif atau dalam bahasa mudah “aib” anak sendiri di khalayak ramai. Contohnya, bila berbual bersama kaum ibu yang lain mula lah kita mengeluarkan bunyi- bunyi begini di hadapan anak sendiri:

“anak saya ni nakal betul, penat dah saya pun”

Kenapa tak boleh, benda betul kan yang kita cakap tu? Ya mungkin betul apa yang kita cakap, tapi setiap perkara negatif yang kita ceritakan kepada orang lain di hadapan mereka akan menggalakkan anak-anak untuk terus buat perangai lagi dan lagi.

5. Jangan Bandingkan Anak-anak

“Tengok macam abang tu, selalu dapat top 3 dalam kelas, tak macam kamu”

Bila kita ada anak-anak, satu perkara yang perlu kita ingat adalah setiap dari anak kita mempunyai watak dan perangai yang berbeza. Jadi perkara penting yang perlu kita buat dalam membesarkan anak-anak adalah tidak membandingkan mereka. Sifat membandingkan anak ini tidak baik kerana anak yang kita bandingkan tadi akan menyebabkan timbulnya rasa ‘mak dan ayah tak sayangkan aku’ yang mendorong lagi mereka untuk buat perangai dan nemberontak.

Didiklah anak dengan penuh rasa kasih dan sayang dan hargailah keberadaan mereka. Mungkin kita boleh cuba hadiahkan sesuatu seperti baju kanak-kanak yang baru untuk kembalikan senyuman di wajah anak kecil ini. Walaupun ia kelihatan sesuatu yang kecil nilainya tapi bagi mereka sudah cukup untuk merasakan yang mereka ini disayangi.

Tengah fikir nak beli baju tidur budak yang comel dekat mana? Jangan risau, layari saja “Shopee Khairol Arrumi Store”. Banyak sangat pilihan baju budak yang cantik dekat sana. Kualiti pun bukan calang-calang.

Khairol Arrumi Store (1)

Caraousell (1)

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: