Langgan newsletter kami!
Masalah Ibubapa Alami Apabila “Work From Home”

Masalah Ibubapa Alami Apabila “Work From Home”

Sejak virus COVID-19 melanda dunia, dan kerajaan pula mengumumkan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home (WFH), ramai ibu bapa menghadapi dilema. Banyak benda yang perlu difikirkan sambil menyiapkan kerja di rumah. Jika sebelum ini, mungkin tepat jam 8 sudah berpakaian segak terpacak di tempat kerja, anak-anak pula seronok memulakan sesi pembelajaran di sekolah dengan guru dan rakan-rakan seperjuangan. Tetapi kini, sekelip mata rutin ibu bapa berubah sepenuhnya. Mahu tidaknya, nak siapkan kerja lagi, hal anak-anak lagi. Jadi ini mungkin dilema yang mana para ibubapa sedang hadapi sekarang:

1. Waktu Bekerja Tidak Menentu

Mungkin sebelum ini, ibu bapa tidak perlu risau tentang masa bekerja sebabnya kita ada sistem waktu bekerja yang mana perlu berada di tempat kerja mungkin dari jam 8 hingga ke jam 5 petang. Tetapi kini segalanya berubah di mana ibu bapa sudah tidak mempunyai masa bekerja yang stabil. Adakalanya terpaksa melakukan kerja sehingga lewat malam dan rutin ini berulang setiap hari hingga menyebabkan kesan yang lain seperti sakit mata dan sakit belakang kerana terlalu lama berada di hadapan laptop menyiapkan tugasan yang diberi oleh majikan.

2. Terpaksa Berkongsi Gadjet dengan Anak-anak

Bagi ibu bapa yang berkemampuan, ini bukan menjadi satu masalah untuk menyediakan gadjet atau laptop untuk pendidikan anak-anak di rumah setiap satu untuk seorang, tetapi bagi mereka yang kurang berkemampuan, berkongsi gadjet adalah masalah utama pada masa ini. Mahu tidaknya, anak perlu menghadiri kelas tetapi ibu bapa perlu untuk menyiapkan kerja, namun laptop yang ada cumalah satu sahaja. Adakalanya, anak-anak terpaksa untuk ponteng kelas kerana tidak cukup gadjet.

3. Anak-anak Buat Perangai

Sudahlah terpaksa bekerja dari rumah, anak-anak pula asyik buat perangai. Ada yang berebut gadjet, bergaduh, menangis meragam sebab ibu bapa tidak memberi perhatian padanya dan macam-macam lagilah karenah anak-anak yang kita sebagai ibu bapa perlu hadapi. Sejujurnya ibu bapa yang mampu “work from home” ini adalah seorang yang sangat hebat kerana anda mampu memberi tumpuan untuk memberi komitmen yang sehabis baik dalam kerja anda walau pelbagai perkara yang perlu anda hadapi atau lakukan di rumah.

4. Bil Internet yang Tinggi

Bila kita sebut tentang dasar bekerja dari rumah, sudah semestinya kita menggunakan internet sepenuhnya. Ditambah pula dengan anak-anak yang tengah “online learning”, menghadap laptop dan mengunakan internet yang banyak kerana terpaksa menggunakan google meet, youtube dan sebagainya dalam tempoh masa yang agak lama dalam sehari. Sudah semestinya bil internet yang mungkin sebelum ini cumalah RM50 meningkat kepada RM150 setiap bulan.

5. Online Shopping

Ini mungkin dugaan paling besar terutamanya untuk kaum ibu. Kalau dahulunya, kurang masa untuk kita tengok online shopping kerana bila habis waktu bekerja dikira waktu untuk berehat dan bersama keluarga yang mana kita tidak akan pedulikan gadjet. Namun apabila kita work from home, menghadap laptop dan telefon kita sepanjang hari, mulalah ada yang membuka platform online shopping seperti shopee yang mulanya hanya sekadar untuk menjamu mata tetapi, tiba-tiba courier penghantar barang dah sampai di hadapan rumah menghantar barang yang kononya untuk menjamu mata sahaja tadi. Tambahan dengan anak-anak yang minta ibu bapa pakaian baru dan mainan, maka online shopping inilah pilihan para ibu bapa yang terpaksa “work from home”. Maklumlah mudah dan pantas!

Dalam banyak-banyak perkara yang disenaraikan di atas, mana satu dilema yang tengah anda hadapi sekarang? Nampak gayanya macam semua di atas. Maka, di zaman yang serba mencabar ini, anda adalah ibu bapa yang hebat kerana mampu memikul tanggungjawab di rumah dan amanah pekerjaaan anda dalam satu masa yang sama. Jadi tak salah untuk kita memberi “reward” kepada diri dan juga anak-anak setelah sekian lama penat bekerja dan belajar. Mungkin juga anda boleh hadiahkan handbag untuk diri anda dan juga pakaian budak untuk anak-anak supaya ia menjadi pembangkit semangat untuk meneruskan hari mendatang.

Anda berhasrat untuk membeli baju tidur kanak-kanak sebagai hadiah untuk anak anda? Boleh layari kedai ‘Khairol Arrumi Store’. Di sini terdapat lebih 100 pilihan baju tidur kanak-kanak. Material kain diperbuat daripada cotton yang berkualiti tinggi, mempunyai jahitan yang kemas, warna tidak mudah luntur dan kain yang sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia. Di samping itu, semuanya adalah Ready Stock di Malaysia dan penghantaran dalam tempoh 24 jam. Tunggu apa lagi? Jom shopping di shopee Khairol Arrumi Store.

Khairol Arrumi Store (1)

Caraousell (1)

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: