Langgan newsletter kami!
Budak Sekolah

Ayat-ayat Pickup Line Budak Sekolah Pun Padu

Budak-budak era 90-an dan 2000-an biasanya akan ada satu buku yang mengandungi biodata atau catatan ‘sweet’ yang ditulis oleh rakan sekolah. Lebih-lebih lagi apabila telah sampai ke minggu-minggu terakhir persekolahan. Cara ini merupakan salah satu medium untuk berkenalan kerana hendak bersemuka berdepan-depan memang kena ada jiwa yang kental. Zaman dahulu belum ada lagi ayat-ayat pickup line seperti budak sekolah zaman sekarang.

Di zaman siber dan dunia Internet kini semuanya telah berubah. Medium komunikasi juga telah berkembang dengan hampir semua budak sekolah sekarang mempunyai handphone sendiri walaupun tidak dibawa ke sekolah. Perubahan zaman juga menyaksikan murid-murid ini lebih terbuka kerana lebih banyak menonton Youtube dan lebih terdedah kepada media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Melihat kepada trend, budak zaman sekarang semakin bijak mengenakan pick-up line bertujuan untuk mengorat perempuan. Bukan sahaja budak lelaki tetapi perempuan juga tidak mahu kalah.

Berikut adalah antara contoh ayat-ayat pickup line budak sekolah. Boleh tahan padu dia..

#Pickup Line 1

Soalan: Apa beza awak dengan binatang?
Jawapan: Binatang tinggal di Zoo, awak tinggal di hati saya

#Pickup Line 2

Soalan: Apa beza awak dengan semut?
Jawapan: Semut merangkak kat lantai. Awak merangkak-rangkak dalam fikiran saya

#Pickup Line 3

Soalan: Apa beza saya dengan lanun?
Jawapan: Lanun merampas kapal, saya merampas hati awak

#Pickup Line 4

Soalan: Ramai orang kata kamus tebal..
Jawapan: Setebal-tebal kamus, tebal lagi cinta saya pada awak

#Pickup Line 5

Soalan: Awak ada pelampung tak?
Jawapan: Sebab saya takut tenggelam dalam hati awak

#Pickup Line 6

Soalan: Apa beza awak dengan rama-rama?
Jawapan: Rama-rama hinggap dekat bunga, awak hinggap dekat hati saya

#Pickup Line 7

Soalan: Awak nak tahu tak kenapa saya mati?
Jawapan: Sebab saya mempertahankan cinta saya pada awak

#Pickup Line 8

Soalan: Ramai kanak-kanak suka kat awak..
Jawapan: Tapi saya takut, takut kehilangan awak

#Pickup Line 9

Soalan: Apa maksud “mi lo u”
Jawapan: Maksudnya “Me Love You”

#Pickup Line 10

Soalan: Apa beza awak dengan air?
Jawapan: Air boleh isi botol kosong, awak boleh isi kekosongan hati saya

#Pickup Line 11

Soalan: Awak tahu tak kenapa air laut masin?
Jawapan: Sebab manisnya ada pada awak

#Pickup Line 12

Soalan: Kenapa saya teringin nak ada kapal selam?
Jawapan: Sebab nak selami hati awak

#Pickup Line 13

Soalan: Hari raya ni saya tak nak pakai sampin..
Jawapan: Sebab awak selalu di samping saya

#Pickup Line 14

Soalan: Awak asal Klang ke?
Jawapan: Sebab saya klang kabut bila tengok awak

#Pickup Line 15

Soalan: Apa beza awak dengan api?
Jawapan: Api cairkan lilin, awak cairkan hati saya

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: