Langgan newsletter kami!
video pickup line sekolah

Koleksi Terbaik Video Pickup Line Budak Sekolah

Pickupline seolah-olah menjadi satu fenomena di sekolah pada masa sekarang. Mungkin ia adalah satu trend baru cara mengorat atau usik mengusik antara pelajar lelaki dan perempuan. Tidak dinafikan perbuatan ini tidak ada salahnya asalkan batas-batas pergaulan masih dijaga sempurna. Berikut dikongsikan video pickup line sekolah hasil karya youtubers tempatan.

Kebanyakan video ini pernah menjadi viral dan trending di saluran Youtube Malaysia. Antara yang paling best dan mendapat tonton berjuta views adalah dari Youtubers berasal dari Kelantan, Alieff Irfan dan Tupak Production.

Video yang dihasilkan ini sangat menarik dan sweet untuk ditonton. Malahan kualiti penghasilan video juga boleh dikatakan sangat baik dari segi pengarahan, olahan, skrip, pencahayaan, audio dan prop yang terlibat. Tidak hairanlah Channel Alieff Irfan kini mendapat hampir 2 juta subscribers. Sementara Youtube Tupak Production semakin meningkat naik dengan hampir 200 ribu subscribers.

Jom kita tonton video-video terbaik di bawah. Setiap video adalah berdurasi sekitar 5 hingga 15 minit. Sila klik link untuk menonton melalui Youtube. Kualiti video adalah dalam format HD (720p / 1080p).

Video Pickup Line Alieff Irfan

Video oleh Tupak Production

Amacam.. Best tak? Jika anda masih bersekolah tentu seronok menontonnya. Mungkin sedikit sebanyak dapat anda jadikan ‘modal’ untuk diaplikasikan pada situasi sebenar. Tentu sekali situasi dunia realiti adalah berbeza dengan babak lakonan di dalam video pickup line sekolah tersebut.

Untuk video-video yang menarik seperti ini jangan lupa bookmark page ini (tekan Ctrl+D) dan sentiasa lawati website kami. Topik-topik menarik akan sentiasa dibawakan khas buat anda dari semasa ke semasa.

Penafian: Pihak kami tidak memuatnaik atau menghos video-video di atas. Kami hanya membuat pautan ke atas video-video sedia ada yang diterbitkan untuk tontonan awam di Youtube atau mana-mana laman penyedia video / streaming.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: