Badi Selendang Merah (Astro Citra)

Badi Selendang Merah (Astro Citra)

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem menarik pada hujung minggu ini berjudul ‘Badi Selendang Merah‘ di saluran Astro Citra dan Astro Citra HD. Ia akan ditayangkan pada Sabtu, 4 April 2020, jam 9.00 hingga 11.00 malam.

Telefilem ini dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Nazim Othman dan Salina Saibi. Ia diarahkan oleh Rahim Zali dan diterbitkan oleh produksi Suar Channel.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 4 April 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 – 11.00 malam
  • Stesen TV: Astro Citra & Astro Citra HD
  • Pengarah: Rahim Zali
  • Produksi: Suar Channel Sdn. Bhd.
  • Senarai Pelakon: Sharifah Sakinah, Nazim Othman, Salina Saibi

Sinopsis Badi Selendang Merah

Mengisahkan tentang Helmi yang gagal dalam perniagaan. Helmi seterusnya membawa isterinya, Fatin pulang ke kampung untuk tinggal di sana. Fatin kini mengandung dan hanya menunggu masa untuk bersalin.

Namun begitu, dalam perjalanan pulang ke kampung, mereka menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya yang meragut nyawa seorang wanita berselendang merah. Kejadian tersebut menghantui fikiran Helmi dan dia mula membongkar rahsia-rahsia gelap yang disembunyikan selama ini.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: