Langgan newsletter kami!
Biodata Azzam Sham

Biodata Azzam Sham

Siapakah dia jejaka bernama Azzam Sham? Mungkin nama beliau masih lagi kurang dikenali oleh peminat seni suara tanahair namun Azzam sebenarnya telah lama menceburi bidang seni ini. Azzam ialah seorang penyanyi dan juga naib juara rancangan realiti nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim kedua dan Idola Kecil Ultra TV9.

Beliau juga pernah diingati peminat melalui beberapa single hits seperti Cinta Gila dan Cinta Sejatiku. Beliau juga mempertaruhkan single seterusnya pada 2019 berjudul Biar Saja yang pernah dimainkan di beberapa stesen radio utama Malaysia seperti Radio ERA.

Jom kita tinjau Biodata Azzam Sham seperti di bawah.

Biodata Azzam Sham

  • Nama Penuh: Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham
  • Tarikh Lahir: 29 Jun 1997
  • Tempat Lahir: Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur
  • Menetap: Sungai Besi, Kuala Lumpur
  • Umur: 23 tahun (2020)
  • Adik-Beradik: Anak sulung daripada lima beradik
  • Pendidikan:
    – Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi
    – Diploma Muzik di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Lagu / Single: Cinta Sejatiku, Cinta Gila, Biar Saja
  • Twitter: @AzzamSham
  • Facebook (FB): @azzamshammusic
  • Instagram (IG): @Azzam_Sham
  • Youtube Channel: @azzamshamofficial

Fakta Menarik

  • Mula aktif menceburi dunia muzik sejak tahun 2015.
  • Genre muziknya adalah berentak Pop.
  • Bernaung di bawah syarikat rakaman MVM Production dan Rusa Music.
  • Mempunyai hobi menyanyi dan suka melukis.
  • Pernah terlibat dalam bidang lakonan melalui drama siri popular iaitu Destinasi G4 yang ditayangkan di TV9.
  • Selain itu, pernah juga terlibat sebagai pelakon dalam sebuah rancangan pendidikan bersiri iaitu Oh My English! Class of 2015 dengan memegang watak sebagai ‘Sayur’ yang ditayangkan di Astro TVIQ dan Maya HD.
  • Merakam 4 buah single iaitu Cinta Sejatiku (single kedua) pada 2015 yang dimainkan di corong-corong radio GEGAR, Hot FM, Best FM dan Nasional FM. Sementara single ketiganya yang berjudul Cinta Gila pada 2017 dan single seterusnya pada 2019 iaitu Biar Saja.
  • Mempunyai ramai peminat dan followers di media sosial antaranya 290k di Instagram dan 30k subscriber di Youtube.
  • Dikhabarkan sedang mengenali hati budi (aka bercinta) dengan penyanyi seangkatan dengannya, Sheryl Shazwanie. Mereka juga bakal muncul dengan lagu duet terbaharu yang sudah siap dirakamkan.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: