Langgan newsletter kami!
Biodata Aidil Aziz

Biodata Aidil Aziz, Pelakon & Suami Fasha Sandha

Aidil Aziz ialah pelakon lelaki Malaysia yang mula dikenali dengan melakonkan watak sebagai Saiful dalam drama Saiful Nita di TV3 pada 2012. Populariti Aidil mula melonjak naik selepas kejayaan lakonan beliau dalam drama itu, yang memegang watak utama sebagai Saiful dan digandingkan bersama pelakon dan penyanyi, Kilafairy yang diarahkan oleh Emi Maziah.

Biodata Aidil Aziz

  • Nama Penuh: Mohd Aidil Abdul Aziz
  • Tarikh Lahir: 26 Julai 1987
  • Umur: 33 tahun (2020)
  • Tempat Lahir: Seri Kembangan, Selangor
  • Asal: Rembau, Negeri Sembilan
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Pekerjaan: Pelakon
  • Drama: Akademi Polis (2009), Nilapura (2011), Trilogi Cinta 2 (2012), Saiful Nita (2012), Hujan (2013), Asmara Luna (2013), Romi Cinta Julia (2014), Tabir Zulaikha (2015), Hati Perempuan (2015), Lara Terindah (2016), Kamar Kamariah (2018), Cinta Lemon Madu (2018) dan Vila Ghazara (2018), HERO Musim 2 (2020), Seindah 7 Warna Pelangi (2020)
  • Filem: Kapoww, Evolusi KL Drift 2 dan Kanang anak Langkau: The Iban Warrior
  • Instagram (IG): @itsaidilaziz

Fakta Menarik

  • Berkahwin dengan pelakon Fasha Sandha pada 30 Mac 2019 di Masjid Tunku Syed Putra Jamalullail, Kangar, sekitar jam 8.30 pagi. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 November 2018 di Ampang, Selangor.
  • Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha Sandha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil daripada perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.
  • Mula dikenali peminat selepas membintangi drama bersiri 25 episod berjudul Saiful Nita yang disiarkan melalui Slot Samarinda TV3 pada 4 hingga 25 Oktober 2012.
  • Digelar dengan jolokan ‘Pak Ngah’ oleh keluarga dan mereka yang rapat dengannya.
  • Meminati sukan bola sepak di mana dan menjadikan Cristiano Ronaldo (CR7) sebagai idola.
  • Boleh bertutur dalam dialek Negeri Sembilan dengan baik.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: