Langgan newsletter kami!
Biodata Farez Ridzwan

Biodata Farez Ridzwan

Farez Ridzwan adalah antara pelakon yang bakal muncul dalam drama bersiri berjudul HERO musim kedua. Walaupun masih kurang dikenali berbanding pelakon yang seangkatan dengannya, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam bidang lakonan.

“Saya berlakon atas dasar minat. Seboleh-bolehnya, saya mahu orang menilai saya kerana bakat. Tujuan asal saya masuk bidang ini bukanlah untuk mengejar populariti. Saya percaya apabila kita berjaya menonjolkan bakat, orang akan mula buka mata dan mahu mengenali kita dengan lebih dekat” katanya.

“Saya sebenarnya lebih suka bawa watak aksi. Mungkin lebih kena dengan jiwa. Menarik juga jika bawa watak lelaki psiko kerana saya sukakan karya berat,” katanya lagi sambil mengharap rezeki dalam dunia lakonan terus bertambah.

Biodata Farez Ridzwan

  • Nama Penuh: Muhammad Farez Ridzwan Mohd Nadzef
  • Asal: Banting, Selangor
  • Kediaman: Kuala Lumpur
  • Tarikh Lahir: –
  • Umur: –
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Drama: Dendam Aurora, Hero Seorang Cinderella, Dia Semanis Honey, Bulan Di Kota Langit, Hero Musim 2, Aku, Dia dan Pinky Promise,
  • Filem: Tokan, Remp-It 2
  • Instagram (IG): @farezridzwan
  • Twitter: @farezridzwan

Fakta Menarik

  • Aktif dalam dunia peragaan sebelum menceburi bidang lakonan.
  • Memulakan kerjaya lakonan melalui filem Tokan pada 2013 sebagai pelakon tambahan.
  • Kerap membawakan watak jejaka korporat.
  • Sangat mengidamkan watak aksi dalam tawaran drama atau filem yang akan datang.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: