Langgan newsletter kami!
Aliff Kimiey, Penyanyi Lagu Mungkir

Biodata Aliff Kimiey, Penyanyi Lagu Mungkir

Siapa Aliff Kimiey? Beliau adalah pendatang baharu dalam dunia hiburan tanahair. Baru-baru ini lagu nyanyian beliau bertajuk “Mungkir” menarik perhatian pendengar di Malaysia dan sedang mendaki naik dalam Carta Era Top 40.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Aliff Kimiey memulakan hobi menyanyi sejak berumur 12 tahun. Namun begitu, beliau mencuba nasib mengekspresikan minatnya melalui Tiktok dan Instagram dan tidak menyangka sama sekali akan dilamar oleh FMC Music.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka secepat ini saya sudah ada single pertama. Dan saya sangat terharu dan seakan mimpi apabila dengar suara dan single saya, Mungkir ke udara di siaran radio popular tanah air sejak 5 Januari yang lalu. Tidak dinafikan saya memang rasa nak menangis dan sangat gementar kerana saya tidak sangka saya sudah menjejakkan kaki ke dalam industri hiburan sebenar”

Jom kita berkenalan dengan menyemak biodata Aliff Kimiey seperti di bawah.

Biodata Aliff Kimiey

  • Nama Penuh: Muhammad Aliff Hakimiey Yuswadey
  • Nama Pentas: Aliff Kimiey
  • Tarikh Lahir: 21 January 2003
  • Umur: 20 tahun (2023)
  • Asal: Kota Bharu, Kelantan
  • Pendidikan: Politeknik Sultan Abdul Hali Mu’adzam Shah Jitra, Kedah
  • Pekerjaan: Penyanyi dan Pempengaruh media sosial
  • Lagu / Single: Mungkir
  • Media Sosial:
    – TikTok: @aliffkimiey
    – Instagram: @aliffkimiey

Fakta Menarik Tentang Aliff Kimiey

  • Mula menceburkan diri sebagai influencer pada penghujung 2019.
  • Tidak menyangka video yang di muat naik di TikTok miliknya, ‘hantuk kepala di pintu’ dan ‘manual sound’ mencecah tontonan sebanyak 21.8 juta.
  • Merupakan pelajar tahun kedua di Politeknik Sultan Abdul Hali Mu’adzam Shah Jitra, Kedah dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik.
  • Menghasilkan single pertama, Mungkir di bawah label FMC Music.
  • Terpaksa berkorban dengan menghabiskan masa cuti semester atau hujung minggu berulang alik dari Jitra, Kedah ke Kuala Lumpur bagi memenuhi tuntutan kerja sebagai penyanyi.

Biodata Aliff KimieyAliff Kimiey Penyanyi BBNU

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: