Langgan newsletter kami!
Biodata Layka Al Funsu

Biodata Layka Al Funsu, Penyanyi Lagu Dua Rama-Rama

Siapa Layka Al Funsu? Gadis manis berlesung pipit ini merupakan penyanyi baru yang kini sedang hangat dengan lagu berjudul “Dua Rama-Rama”. Layka mula mendapat perhatian ramai apabila videonya membuat ‘cover’ lagu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terutamanya lagu ‘Nirmala’ menjadi tular.

Sebenarnya amat sukar untuk menguasai lenggok Tokti, namun Layka mampu mengalunkan setiap bait lagu tersebut dengan bersahaja sehingga ada yang menuduhnya melakukan lip sync. Tanpa membuang masa jom kita semak biodata Layka Al Funsu seperti di bawah.

Biodata Layka Al Funsu

  • Nama Penuh: Siti Nurzulaikha Idrus
  • Nama Pentas: Layka / Layka Al Funsu
  • Umur: 22 tahun (2023)
  • Asal: Kedah
  • Jantina: Perempuan
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Pekerjaan: Penyanyi dan Duta Produk
  • Lagu / Single: Dua Rama-Rama
  • Label: XO House
  • Media Sosial:
    – TikTok: @laykaaa.__
    – Instagram: @laykaaa.__

Fakta Menarik Tentang Layka Al Funsu

  • Merupakan pendatang baru dalam dunia hiburan dan penyanyi muda dengan imej berhijab.
  • Memiliki ‘pakej’ rupa paras yang lengkap dan suara merdu persis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti.
  • Mempunyai hobi suka mewarna dan melukis ketika masa lapang.
  • Dari segi perwatakan, gadis ini seorang yang ceria dan manja jika berada di kalangan ahli keluarga. Namun begitu perwatakannya menjadi agak pemalu dan tidak banyak cakap jika berhadapan dengan orang luar.
  • Mendirikan rumah tangga di usia yang muda dan telah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya iaitu Muhamad Irfan, 25 tahun.
  • Melangsungkan perkahwinan secara sederhana yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat di Sungai Petani, Kedah pada 15 Julai 2023.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Layka al funsu (@laykaaa.__)

Biodata Layka Al Funsu Persis Tokti

Layka Al Funsu Cantik

Gambar Kahwin Layka Al Funsu

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: