Langgan newsletter kami!
Armand Ezra Mechamato

Biodata Armand Ezra, Pelakon Suara Amato (Mechamato Movie)

Semenjak filem animasi Mechamato Movie mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik suara Amato iaitu watak utama filem tersebut. Filem yang sedang hangat dibincangkan sejak dari permulaan cuti sekolah bulan Disember 2022 lalu dikhabarkan telah mengutip RM22.5 juta dan mungkin lebih lagi jika dihitung jumlahnya sekarang.

Untuk rekod, nama Mechamato ialah gabungan di antara nama Power Sphera, MechaBot dan Amato iaitu seorang remaja biasa yang kini menjadi “Tuan” kepada MechaBot. Amato tinggal di Kota Hilir bersama bapanya, Tok Aba. Setelah menyaksikan komet jatuh dari langit, dia bertemu dan berkawan dengan MechaBot. Kedua-dua mereka membentuk pasukan dan bekerjasama untuk melindungi dunia daripada ditakluki pemburu Power Sphera oleh penjahat.

“Lepas sahaja cerita Mechamato ini, saya akui orang mula memanggilnya Mat Tomato malah ada juga yang meminta saya untuk buat suara MechaBot, MECHANIZE . Bahkan ramai juga yang meminta untuk buat video bersama untuk buat suara Amato.”

Jom kita berkenalan dengan remaja bernama Armand Ezra ini.

Biodata Armand Ezra

  • Nama Sebenar: Armand Ezra Ezal
  • Nama Pentas: Armand Ezra
  • Umur: 17 tahun (2023)
  • Tarikh lahir: 6 Ogos 2006
  • Asal: WP Kuala Lumpur
  • Jantina: Lelaki
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Pelakon, Pelakon Suara, Penyanyi, Model
  • Drama/Telefilem: Mechamato: The Animated Series, Dulang Boy, Jam Tangan Paksu, Malaysian Ghost Stories, Am’ma, Ghahim Takut Nak Azan dan Rayo Kolumpo
  • Filem: Suatu Ketika, Showtime 1958, Gostan, Mechamato Movie
  • Instagram (IG): @armandezra
  • Youtube Channel: @armandezra2191

Fakta Menarik Tentang Armand Ezra

  • Penglibatan dalam bidang lakonan suara sejak berusia 14 tahun.
  • Selain berlakon, beliau juga memiliki bakat terpendam dalam bidang nyanyian.
  • Pernah menyertai Pertandingan Ceria Popstar Musim 5 (2021) ketika berusia 15 tahun.
  • Meminati siri animasi Boboiboy sejak dari kecil.
  • Antara cabaran paling sukar untuknya adalah apabila suaranya kini semakin ‘membesar’ seiring dengan pertambahan usianya yang kini mencecah 17 tahun.

“Perubahan suara saya itu membuatkan saya susah hati sebab dulu suara saya kecil dan apabila meningkat dewasa suara semakin garau,” katanya.

Armand Ezra Dan Iman Troye Armand Ezradan Ibu

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: