Langgan newsletter kami!
Tabung Pendidikan Sspn PTPTN

Cara Semak Penyata Akaun SSPN

SSPN merupakan satu skim simpanan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ia direka khas untuk tujuan penabungan pendidikan tinggi dan telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004.

Akaun SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) adalah sebuah akaun simpanan yang ditawarkan untuk membantu ibu bapa atau penjaga membiayai pendidikan anak-anak mereka. Akaun ini boleh dibuka oleh ibu bapa, penjaga atau anak yang berusia di bawah 18 tahun dan boleh dikelola oleh mana-mana individu atau institusi yang diberi kuasa.

SSPN terdiri daripada dua komponen produk simpanan iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus).

Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. Kelebihan pembukaan akaun SSPN termasuklah potongan cukai, pembiayaan pendidikan yang lebih mudah dan peningkatan kesedaran tentang pentingnya simpanan untuk pendidikan untuk anak-anak.

Bagaimana Nak Semak Penyata SSPN

Untuk memudahkan pendeposit menyemak baki dan penyata akaun SSPN, PTPTN telah menyediakan saluran secara online yang sangat mudah dan efisien. Ini kerana penyata akaun SSPN kini tidak lagi dihantar ke rumah anda melalui pos.

Untuk makluman, penyata akaun SSPN boleh disemak secara online selepas 48 jam pembukaan akaun dilakukan. Jadi anda tidak perlu risau jika wang deposit masih lagi tidak keluar di penyata selepas melakukan transaksi.

SSPN login – Sila klik pautan di bawah untuk semakan penyata secara online.

▶️ Semak Penyata SSPN Prime (dahulu dikenali sebagai SSPN-i)

▶️ Semak Penyata SSPN Plus (dahulu dikenali sebagai SSPN-i Plus)

  • Jika anda lupa password atau kata laluan, sila klik pada butang “Terlupa Kata Laluan?”. Kata laluan sementara akan dihantar ke email yang telah andar daftarkan.
  • Jika anda pengguna baru, sila klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”. Pendaftaran boleh dilakukan secara online sahaja. Tidak perlu walk-in ke Pejabat PTPTN.

Semoga maklumat yang dipaparkan berguna untuk anda. Selamat menabung! Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: