Langgan newsletter kami!
Gambar Comel Ayden Mikael

Biodata Ayden Mikael, Si Cilik Comel Kacukan 5 Negara

Ayden Mikael ialah kanak-kanak comel yang popular dengan watak Adik Iqy dalam drama Pujaan Hati Kanda. Kanak-kanak berkulit putih gebu ini sebenarnya mempunyai darah kacukan lima negara iaitu Kemboja, Vietnam & Cina dari sebelah ibunya manakala bapanya pula Indonesia dan Portugal.

Sejak kemunculan dalam drama yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Mira Filzah itu, nama Ayden Mikael terus menjadi perhatian peminat sehinggakan akaun IG miliknya mencecah lebih 250k followers. Menurut ibunya yang mengendalikan Instagram Ayden, dia menerima lebih 1,000 DM sehari. Kini kalau keluar berjalan-jalan, ramai yang mula memanggil Ayden dengan panggilan Iqy!

“Saya tidak menghalang sekiranya Ayden hendak menjadi pelakon, mommy daddy akan pantau selalu. Pemilihan watak yang sesuai dan paling penting, dia tidak ketinggalan momen pembesarannya dan boleh bermain seperti kanak-kanak yang lain.” – Anna Abdullah Kim

Biodata Ayden Mikael

  • Nama Penuh: Ayden Mikael Mohd Zainuddin
  • Nama Komersial: Ayden Mikael
  • Panggilan: Ayden
  • Umur : 1 tahun setengah (2019)
  • Ibu Bapa: Mohd Zainuddin (ayah) dan Anna Abdullah Kim (ibu)
  • Adik-Beradik: Anak sulung
  • Agama: Islam
  • Drama: Pujaan Hati Kanda, Pujaan Hati Kanda Raya
  • Instagram: @aydenmikael_mz.official
  • Email: [ [email protected] ]

Ayden Mikael Dah BesarFoto Terkini Ayden Mikael

Gambar Comel Ayden Mikael

Gambar Ibu Dan Bapa Kepada Ayden Mikael

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: