Langgan newsletter kami!
Poster Filem Ejen Ali The Movie

Filem Ejen Ali The Movie (2019) – Animasi Terbaik Cuti Sekolah

Ejen Ali The Movie adalah filem animasi Malaysia yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung tahun 2019. Filem ini melengkapkan senarai 3 filem animasi popular Malaysia yang dihasilkan berdasarkan popularitinya di kaca televisyen. Dua filem animasi yang telah ditayangkan pada tahun ini adalah Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dan Boboiboy Movie 2.

Filem Ejen Ali The Movie adalah filem pertama yang diterbitkan oleh WAU Animation dengan kerjasama Primework Studios dan diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin. Filem ini menelan kos RM6 juta termasuk promosi. Pasukan pembuatan filem ini terdiri daripada 80 juruanimasi dan jurugrafik tempatan. Penghasilan filem berkenaan menggunakan teknologi digital yang berkualiti tinggi.

“Pereka kami bertungkus lumus menyempurnakan tugasan masing-masing dalam menghasilkan watak sedia ada, selain menambah kemunculan karakter baharu termasuk antagonis, ejen dan pemimpin bandar Cyberaya. Setiap elemen memerlukan proses panjang, malah kerja praproduksi filem ini sudah dimulakan sejak dua tahun lalu, terutama membabitkan lakaran. Kita mahu filem ini sama tahapnya dengan produk keluaran syarikat antarabangsa seperti Pixar, ‎Walt Disney Pictures dan Sony Pictures Animation”

Tentunya peminat setia Ejen Ali dan Ejen Alicia tidak sabar untuk menonton filem ini yang dijangka akan ditayangkan pada cuti sekolah iaitu Disember 2019. Selain tayangan di Malaysia, filem ini juga akan ditayangkan di Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa negara lain lagi. Produksi WAU Animation menyasarkan kutipan sebanyak RM20 juta untuk filem ini.

Info Filem Ejen Ali The Movie

  • Tarikh Tayangan: 28 November 2019
  • Genre: Animasi
  • Pengarah: Muhammad Usamah Zaid
  • Senarai Pelakon: Shafiq Isa, Noorhayati Maslini, Ida Rahayu, Azman Zulkiply
  • Produksi: Wau Animation & Primeworks Studios

Watak Pelakon Ejen Ali The Movie

  • Ida Rahayu Yusoff sebagai Ali & Comot
  • Noorhayati Maslini Omar sebagai Alicia
  • Shafiq Isa sebagai Bakar
  • Azman Zulkiply sebagai General Rama
  • Fadhli Shafian sebagai Abang Bear

Lagu Tema / OST Ejen Ali The Movie

Sinopsis Ejen Ali The Movie

Filem mengisahkan mengenai Ali, seorang budak berusia 12 tahun yang direkrut menjadi perisik bagi agensi perisikan yang dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristic Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System).

Rujukan: cinema.com.my

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: