Langgan newsletter kami!
Chombi Anak Apak

Biodata Chombi, Anak Perempuan Apak Harry Khalifah

Siapakah dia penyanyi bernama Chombi yang sedang viral dengan lagu ‘Sayunk I Love You‘ yang mencetuskan fenomena luar biasa terutama di kalangan pengguna aplikasi TikTok. Untuk pengetahuan semua, gadis remaja ini adalah anak kepada Harry Khalifah yang juga merupakan seorang penyanyi dan komposer terkemuka. Beliau adalah anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik yang mana abangnya, Mizan Harry Khalifah juga berkecimpung sebagai penyanyi.

Chombi pernah muncul dengan single pertama yang berjudul ‘Rindu Rindu‘ yang ditulis oleh Mat Joe dan lirik oleh Acik 35 sekitar 2 tahun yang lepas iaitu ketika beliau berumur 13 tahun. Video muzik lagu tersebut telah mendapat tontonan lebih daripada 6 juta di Youtube. Kini Chombi semakin ke depan dalam dunia nyanyian, malahan populariti beliau juga meningkat naik seiring dengan itu. Moga terus maju kami ucapkan!

Biodata Chombi

  • Nama Penuh: Siti Maryam Ahmad Sairi
  • Nama Pentas: Chombi
  • Umur: 15 tahun (2022)
  • Adik-Beradik: 7 orang (anak ke-2)
  • Agama: Islam
  • Jantina: Perempuan
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi, Instafamous
  • Single: Rindu-rindu, Sayunk I Love You
  • Media Sosial:
    – IG: @sitimaryam_chombi

Keluarga Apak

Fakta Menarik Tentang Chombi

  • Menceburi bidang nyanyian sejak kecil lagi iaitu 7 tahun dan mula meletup melalui single pertama ‘Rindu rindu’ pada umur 13 tahun.
  • Lagu Rindu Rindu menjadi cukup popular pada waktu itu dan kuat pengaruhnya terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  • Menjadi antara penyanyi remaja perempuan yang mempunyai imej bertudung.
  • Dikatakan ramai sebagai seorang yang mempunyai raut wajah yang jauh lebih matang dari usia.
  • Sosmed Instagramnya, @sitimaryam_chombi kini mempunyai lebih daripada 275k followers.
  • Mempunyai abang yang juga seorang penyanyi iaitu Mizan Harry Khalifah.
  • Pernah jatuh pengsan ketika sedang bersiap untuk melakukan persembahan di Karnival Jom Santai, Aeon Mall Taiping, Perak kerana dikhabarkan mengalami deman dan tekanan darah rendah pada Disember 2022.
  • Kerap menjadi perhatian netizen kerana dikatakan selalu tampil dengan wajah yang putih, licin dan berkilat macam minyak tumpah.
  • Ramai yang memuji vokal Chombi yang dikatakan mirip rakaman studio walaupun menyanyi secara langsung.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: