Langgan newsletter kami!
surat tidak hadir ke sekolah

Contoh Surat Berhenti Kerja (Letak Jawatan / Resign)

Berhenti kerja bukanlah suatu perkara yang buruk ataupun ‘pengakhiran hidup’. Ia boleh jadi perkara yang lebih baik disebabkan perletakan jawatan di tempat lama dan mendapat kerja baru yang lebih baik dari segi ekonomi dan persekitaran kerja. Namun sebelum anda hantar resignation, anda perlu karang Surat Berhenti Kerja untuk memaklumkan kepada majikan anda bahawasanya anda hendak letak jawatan.

Walaupun tiada format khusus dalam cara penyediaan surat letak jawatan, namun ada beberapa perkara penting yang perlu ada di dalam surat ini. Antaranya ialah nama, no kad pengenalan, jawatan anda di dalam syarikat dan yang paling penting sekali adalah tarikh akhir anda berkhidmat. Hal ini agar pihak pengurusan syarikat tahu tarikh sebenar anda berhenti kerja. Kebiasaannya pekerja perlu memberikan notis pemberitahuan sebulan lebih awal (1 month notice) agar pihak pengurusan syarikat dapat bersedia terutamanya dalam penggantian personel atau pekerja baru.

Contoh Surat Berhenti Kerja (Bahasa Melayu)

Mohd Ikhsan Bin Hashim
Lot 3093, Kg. Ikatan Kasih,
Jalan Batu Tumbuh,
22200 Besut, Terangganu

HR Department,
Imatera Digital Image Services Sdn Bhd,
8, Jalan Jelatek 2, Au 1, 54200 Kuala Lumpur
(U.P.: Encik Azimuddin Bin Sulaiman)                                                      7 Mei 2022

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya, Mohd Ikhsan Bin Hashim ingin memohon perletakan jawatan dengan memberi notis 1 bulan dari tarikh yang dinyatakan di atas. Hari terakhir saya bekerja ialah pada 6 Jun 2022.

2. Saya memberikan notis perletakan jawatan ini disebabkan telah mendapat tawaran kerja di tempat baharu. Saya juga sangat berbesar hati dan menghargai sekiranya surat ini diterima tanpa sebarang bantahan dari pihak syarikat.

3. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan sekerja serta penyelia yang memberikan segala tunjuk ajar dan bertolak ansur atas sebarang kesilapan yang telah dilakukan. Saya berasa bangga kerana diberikan peluang untuk memainkan peranan sebagai IT Analyst di syarikat ini dan berharap syarikat ini akan terus maju dan lebih berjaya di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………………………..
Mohd Ikhsan Bin Hashim,
IT Analyst,
Imatera Digital Image Services Sdn Bhd (Johor Branch)
No Telefon: 019-777 0102

Contoh Surat Resign (Bahasa Inggeris)

Mohd Ikhsan Bin Hashim
Lot 3093, Kg. Ikatan Kasih,
Jalan Batu Tumbuh,
22200 Besut, Terangganu

HR Department,
Imatera Digital Image Services Sdn Bhd,
8, Jalan Jelatek 2, Au 1, 54200 Kuala Lumpur
(att: Mr Azimuddin Bin Sulaiman)                                                      7 May 2022

Re: Tendering of Resignation letter

Refer to the above, I would like to tender my resignation letter by giving 1-month notice from the above mentioned date. My last working day as in this position would be on the 6 June 2022.

2. I’m giving this notice due to the reason because got a job offer in a new place. I would be leaving this company soon to continue my career. I would be glad and appreciate if the letter was accepted without any objection so that I can further up my plan.

3. I would like to take this opportunity to thank all the co-worker’s and my boss himself who give all the guidance and tolerance on any mistakes that have been done. I feel proud that I been given chance to play a roll as a IT Analyst in this company and I wish the company will be more succeed in the future .

Thank you, faithfully

………………………………………………..
Mohd Ikhsan Bin Hashim,
IT Analyst,
Imatera Digital Image Services Sdn Bhd (Johor Branch)
Phone: 019-777 0102

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: