Biodata Elica | Teka-teki terjawab apabila protege kepada Akim iaitu Elica menjuarai Mentor Milenia 2017 yang telah berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 7 April 2017 yang lalu.

Di pentas akhir, anak kelahiran Sabah ini berjaya menewaskan tiga peserta lain iaitu Usop, Along dan Syeera.

Memilih lagu solo berjudul Samar Bayangan dan Ceritera Cinta bersama artis undangan iaitu Hael, pemilik nama Angelica Paujin ini membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi, telefon bimbit dan pakej percutian ke London.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Elica yang bukan sahaja mempunyai rupa paras yang cantik malah mempunyai vokal yang sempurna.

Biodata Elica

Trivia Menarik Elica

  1. Mula menyanyi sejak berusia empat tahun lagi.
  2. Ziana Zain dan Celine Dion merupakan idolanya dalam bidang seni suara.
  3. Sanggup menaiki bas dari Tambunan ke Kota Kinabalu yang memakan masa hampir tiga jam semata-mata mahu menyertai uji bakat Mentor Milenia di Hotel Horizon, Kota Kinabalu.
  4. Pernah menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak iaitu Idola Kecil 3.
  5. Dalam mengembangkan bakat nyanyiannya, Elica turut menyertai pertandingan di peringkat sekolah dan daerah di Sabah.
  6. Mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram miliknya.

Dress Elica Untuk Sesi Photoshoot

Elica Bergambar Bersama Peminat Dari UTHM

Elica Dan Akim Pemenang Mentor Milenia 2017

Elica Dan Ara AF

Gambar Elica

Team Akim Elica Mentor

Carian Berkaitan: biodata elica, elica paujin, elica mentor, biodata elica paujin